ethical dilemma | dilema etika | Kejururawatan | Tiada | Perasaan serba salah atau konflik kerana perilaku yang bercanggah dengan prinsip nilai dan moral. |
dilemma zone | zon dilema | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Seksyen jalan menuju ke persimpangan lampu isyarat di mana pemandu serba salah untuk berhenti atau meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar kepada warna ambar. |
quagmire | kuagmire | Sejarah | Tiada | 1. Tanih yang merupakan lumpur jerlus, yang lembut, basah dan melekat pada kaki khususnya pada hari hujan.,2. Keadaan sesuatu atau orang yang berada dalam serba salah atau sukar untuk diselesaikan. |
limited omniscience | serba tahu terbatas | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness. |
point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |