Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serendah 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
paraquat poisoningkeracunan parakuatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan, pencemaran kulit, atau penyedutan parakuat, iaitu pestisid yang sangat beracun. Tanda utama keracunan ialah loya, muntah, dan sakit ketika bernafas dan sianosis. Pengingesan parakuat menyebabkan mulut dan kerongkong rasa terbakar dan muntah. Selepas 2-5 hari, hemoptisis, oliguria dan pengulseran lidah, farinks, dan esofagus terjadi. Selepas 5-8 hari, demam kuning, demam, takikardia, sakit ketika bernafas, dan sianosis terjadi. Penyentuhan kulit menyebabkan kerosakan korosif diikuti dengan kerosakan panl-paru yang teruk. Penyedutan 1 �g - 100 �g mungkin menyebabkan fibrosis tertangguh paru-paru tanpa gejala segera. Dos maut dianggarkan serendah 1 g, dan had pendedahan ialah 0.1 mg/m3 Penemuan patologi terlllasuk nekrosis miokardium fokus, perdarahan pulmonari dan edema.
forehand drivepukul kencang depanSukanTiada1. Pukul kencang depan: Pukulan yang dibuat dengan pemain berdiri di tengah-tengah gelanggang, dan bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar supaya melepasi jaring serendah mungkin dan bergerak ke arah bahagian depan gelanggang.
coccaine poisoningkeracunan kokainaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny
chloral hydrate poisoningkeracunan kloral hidratKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloral hidrat, iaitu sedatif dan pengaruh tidur. Bahan ini boleh menyebabkan penyakit hati atau buah pinggang. Tanda utama keracunan ialah koma dan kadar pernafasan yang semakin perlahan. Dalam keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan, gejala awal ialah rasa mengantuk, kekeliruan mental diikuti dengan koma dengan pernafasan yang cetek, otot flaksid, hipotensi, sianosis, hipotermia atau hipertermia. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuklah ruam kulit, kekeliruan mental, ataksia, pening, mengantuk, kerengsaan dan perubahan tingkah laku yang lain. Dos maut mungkin serendah 30 mg/kg. Kepekatan terapeutik pula ialah 1.5 �g/mL - 15 �g/mL. Penemuan patologi termasuklah edema pulmonari, pneumonia dan edema serebrum.
quinidine poisoningkeracunan kuinidinaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kuinidina, iaitu ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat ritma jantung yang tak seragam. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan loya. Keracunan akut menyebabkan tinitus, sakit kepala, loya, cirit-birit, pening, tekanan darah menurun dengan teruk sehingga hilang denyutan, nistagmus, bradikardia, dan kegagalan pernafasan. Keracunan kronik menyebabkan trombositopenik purpura yang mungkin teljadi selepas penggunaan kuinidina dalam masa yang singkat. Selepas pulih, dos tunggal 0.05 g - 0.1 g akan menyebabkan teljadi semula tanda purpura. Demam, urtikaria, pengelupasan, dan tindak balas anafilaksis mungkin berlaku. Dos maut mungkin serendah 0.2 g. Penemuan patologi dalam kematian akut tidak mempunyai ciri tertentu.

Kembali ke atas