Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rét] | سيريت

Definisi : bp tidak lancar (licin), serat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét); kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela; menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét) Jw jalur (pd tepi kain dll), coreng, loreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : /sérét/; menyeret 1 menarik se­suatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu. 2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis. terseret 1 (telah) diseret: Mainan adiknya ~ kera­na kainnya terlalu labuh. 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. 3 terpaksa meng­ikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. seretan tarikan utk menyeret: Bunyi ~ itu menyakitkan telinga. penyeretan perbuatan atau hal menyeret. penye­ret orang atau alat yg menyeret. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seret
Kata Terbitan : menyeret, terseret,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total dragseret jumlahAeroangkasaTiadaJumlah kesemua daya seret iaitu daya seret parasit, daya seret teraruh dan daya seret mampatan.
parasite dragseret parasitAeroangkasaTiadaJumlah seret ditolak seret teraruh sesebuah pesawat udara.
engine podpod enjinAeroangkasaTiadaBekas untuk menempatkan enjin pesawat udara, lazimnya terletak di bawah sayap.,1. Angin yang arahnya sehaluan dengan laluan pergerakan pesawat udara.,Jumlah kesemua daya seret iaitu daya seret parasit, daya seret teraruh dan daya seret mampatan.,Bekas untuk menempatkan enjin pesawat udara, lazimnya terletak di bawah sayap.
total mean drag coefficientpekali seret purata keseluruhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali seret purata yang berpunca daripada tekanan dan geseran, yang diberikan sebagai dengan Ff = daya seret berpunca daripada geseran (N), Fp = daya seret berpunca daripada tekanan (N), Ap = keluasan permukaan unjuran (m2), = halaju purata aliran bebas (ms/), r = ketumpatan (kg/m3), gc = 1 kg m/N s2.
mean pressure drag coefficientpekali seret tekanan purataKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali seret yang berpunca daripada perbezaan tekanan sahaja, yang diberikan sebagai dengan Fp = daya seret berpunca daripada tekanan (N), Ap = keluasan permukaan unjuran (m2), r = ketumpatan (kg/m3), = halaju purata aliran bebas (ms/), gc = 1 kg m/N s2.
mean frictional drag coefficientpekali seret geseran purataKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali seret yang berpunca daripada geseran dinding sahaja yang diberikan sebagai atau sebagai dengan Ff = daya seret berpunca daripada geseran (N), Ap = keluasan permukaan unjuran (m2), r = ketumpatan (kg/m2), = halaju purata aliran bebas m/s), gc = 1 kg/m/N s2, x = panjang (m).
auxiliary power unit (APU)unit kuasa bantuAeroangkasaTiadaEnjin bantuan yang digunakan untuk memberi kuasa hidraulik, elektrik, penyaman udara dan lain-lain sebelum enjin utama dihidupkan.,Jumlah seret ditolak seret teraruh sesebuah pesawat udara.,Enjin bantuan yang digunakan untuk memberi kuasa hidraulik, elektrik, penyaman udara dan lain-lain sebelum enjin utama dihidupkan.
wall dragseret dindingKejuruteraanKejuruteraan KimiaDaya seret yang disebabkan oleh tegasan ricih dinding atau daya geseran dinding per unit luas permukaan dinding. Bagi aliran upaya (pada keadaan kelikatan dan vortisiti sifar), tegasan ricih dinding adalah sifar. Dengan itu, seret dinding tidak wujud dalam aliran upaya.
drag/weight rationisbah seret/beratAeroangkasaTiadaNisbah antara seret dan berat sesebuah pesawat udara, lazimnya digunakan dalam analisis gaya laku pesawat udara.,Rajah yang menunjukkan perubahan daya angkat dengan sudut serang bagi sayap atau aerofoil.,Nisbah antara seret dan berat sesebuah pesawat udara, lazimnya digunakan dalam analisis gaya laku pesawat udara.
Stokes� law of drag coefficienthukum pekali seret StokesKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menganggarkan pekali seret untuk sfera dalam aliran rejim rayap (pada halaju atau nombor Reynolds yang rendah) yang melewati sfera atau sistem sfera yang jauh terasing, yang dianggarkan sebagai FD = 3 p m ue CD, Dengan FD = daya seret, m = kelikatan, D = garis pusat, ue = halaju superficial, CD = pekali seret.
12345678910...

Kembali ke atas