anorexia nervosa | anoroxia nervosa | Pendidikan | Tiada | Penyakit yang sering kali berlaku di kalangan remaja perempuan. Mereka lebih cenderung mengambil makanan terlalu sedikit kerana bimbang berat badan akan bertambah. |
glomerulonephritis | glomerulonefritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lingkaran kapilari dalam glomerulus, sering kali menyusuli infeksi trek pernafasan atas oleh streptokokus. |
intrusive thoughts | fikiran intrusif | Psikologi | Tiada | Pemikiran yang tidak diingini dan sering kali muncul secara tiba-tiba serta sukar dikawal, menyebabkan ketidakselesaan atau gangguan kepada seseorang. |
barrier flat | pamah sawar | Geologi | Tiada | Kawasan yang secara relatifnya rata dan sering kali dipenuhi kolam air yang memisahkan tepi sawar yang menghadap laut dari lagun di tepi yang menghadap daratan. |
endocarditis | endokarditis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada endokardium dan injap-injap jantung. Keadaan ini sering kali disebabkan demam reumatik dan jangkitan bakteria. |
demigod | separa dewa | Sejarah | Tiada | 1. Sesuatu yang bersifat separuh tuhan dan separuh manusia, sering kali terdapat dalam Berita rakyat Yunani purba tentang anak kepada dewa dengan perempuan biasa.,2. Seorang yang memperlihatkan keunggulannya sebagai intelek, berkuasa, berkebolehan, berwibawa dan personaliti yang menarik dijadikan propaganda oleh media massa seolah-olah seperti Tuhan. |
senile vaginitis | vaginitis senil | Perubatan | Tiada | Vaginitis yang berlaku pada wanita yang putus haid, yang sering kali dikaitkan dengan kekurangan estrogen. Keadaan ini ditandai dengan atrofi faraj. |
astragal | astragal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ukiran kecil separuh bulat yang biasanya berbentuk manik dan kekili, yang sering kali digunakan untuk merekat sepasang pintu. Ukiran ini merupakan satu elemen seni bina yang digunakan pada bahagian atas atau pada tapak tiang, atau sebagai alatan pembingkaian perabot dan kerja perkayuan yang juga dikenali sebagai kumai kecil. |
smaltite | smaltit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna putih timah atau kelabu pucat yang biasanya mengandungi sedikit besi, sering kali terdapat bersama-sama kobaltit, dan mewakili bijih kobalt dan nikel. |
one-party dominant | dominan satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia. |