alkalinity | kealkalian | Kimia | Tiada | Setakat mana sesuatu larutan akueus itu beralkali, iaitu kelebihan ion hidroksil di dalam larutan akueus yang disukat dengan nilai pOH. Bdg. keasidan. |
inflammability | kemudahterbakaran; keternyalakan | Kejuruteraan | Tiada | Pengukuran setakat mana sesuatu bahan mudah terbakar atau ternyala. |
planetary nebula | nebula planet | Matematik | Tiada | . Setakat ini kira-kira 400 nebula planet telah diketahui. |
ambulant | ambulan | Perubatan | Tiada | Berupaya untuk berjalan, iaitu bukan setakat berbaring sahaja. |
acidity | keasidan | Kimia | Tiada | 1. Darjah kemasaman larutan. 2. Setakat mana sesuatu larutan akueus itu berasid, iaitu kelebihan ion hidrogen di dalam larutan akueus yang disukat dengan nilai pH. Bdg. kealkalian. |
quality attribute | atribut kualiti | Teknologi Maklumat | Tiada | Keperluan yang menentukan setakat mana sesuatu atribut itu memberi kesan kepada kualiti yang mesti dimiliki oleh sistem atau perisian. |
limited company | syarikat berhad | Pentadbiran | Tiada | Syarikat yang pemiliknya bertanggungjawab terhadap liabilitinya setakat jumlahmodal saham yang dilaburkan dalam syarikat berkenaan. |
homosexuality | homoseksualiti | Psikologi | Psikologi Umum | Keinginan atau kecenderungan individu untuk memilih seseorang yang sama jantina dengannya sebagai teman. Kajian-kajian setakat ini memperlihatkan bahawa keinginan seks individu terhadap sesama jenis lebih banyak dipengaruhi faktor genetik, biologi, budaya dan psikologi. Kajian tentang homoseksualiti juga menunjukkan bahawa kecenderungan ini tidak berkait dengan faktor-faktor seperti kemanjaan ibu yang berlebihan, ketiadaan bapa, masalah emosi, peranan semasa kanak-kanak atau remaja atau kerana paksaan atau tingkah laku orang yang lebih tua. Ramai individu bersetuju bahawa kelompok ini lebih dipengaruhi sikap awal individu tentang peranan lelaki yang dipaksa oleh ibu bapa atau penjaga supaya mengikut kebiasaan atau tingkah laku tradisi kelelakian. |
nuisance value | nilai ganggu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan yang tidak dianggap sah tetapi dibayar setakat untuk menyelesaikan kes tersebut. |
magnetic coil | gegelung magnet | Teknik | Elektrik | Belitan dawai pada elektromagnet, yang mungkin terlindung di bawah lapisan penutup atau dibiarkan terdedah. Setiap gegelung boleh menampung voltan setakat yang ditetapkan sahaja dan boleh diuja dengan arus terus atau arus ulang-alik mengikut reka bentuknya. |