steady flow | aliran tunak | Hidrogeologi | Tiada | Aliran yang terjadi bila jumlah dan arah luah spesifik di sebarang titik adalah tetap setiap waktu. |
local time | waktu setempat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Waktu yang dihitung bermula pada waktu tengah hari, di setiap tempat, iaitu waktu matahari sebenar atau min matahari melintasi meridian. Perubahan waktu setempat berdasarkan pada min matahari, manakala perakam sinar matahari menunjukkan waktu setempat sebenar. |
analemma | analema | Matematik | Tiada | Skala bersenggat pesongan matahari dan persamaan waktu bagi setiap hari sepanjang tahun, yang direntangkan merentasi zon panas glob bumi. |
policy year experience | pengalaman tahun polisi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang. |
flashing amber | ambar kelip | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Keadaan lampu isyarat warna kuning pinang masak yang berkelip-kelip di waktu malam, pada setiap arah jalan tuju untuk menandakan bahawa pemandu tidak perlu berhenti tetapi perlu berwaspada. |
officium | officium | Muzik | Tiada | Lapan waktu upacara sembahyang yang diadakan setiap hari di gereja Roman Katolik. Upacara ini melibatkan nyanyian him, psalm, kantikel, responsory, bacaan dan doa. Waktu sembahyang tersebut ialah matins pada pukul 3.00 pagi, lauds pada waktu subuh, prime pada pukul 6.00 pagi, terce pada pukul 9.00 pagi, sext pada waktu tengah hari, none pada pukul 3.00 petang, vespers pada pukul 6.00 petang dan compline pada waktu malam.
|
time classification | pengelompokan masa | Komunikasi | Korporat | Pendekatan untuk menetapkan nilai bayaran siaran iklan melalui media elektronik berdasarkan status waktu siaran. Penepatan nilai bayaran ini dilakukan dengan memberikan klasifikasi mengikut gred A, B, C, dan D. Nilai gred ini berbeza dari satu stesen penyiaran dengan stesen penyiaran lain. Perbezaan ini bergantung pada kemasyhuran dan kewibawaan stesen penyiaran berkenaan. Stesen yang lebih berwibawa biasanya mempunyai nilai bayaran yang tinggi bagi setiap gred kelompok masa siaran tersebut. Contohnya, kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred A akan dibayar lebih tinggi berbanding kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred yang lebih rendah. Unit nilai bayaran iklan adalah berdasarkan kiraan saat. Walau bagaimanapun,prinsip pengklasifikasian gred adalah berdasarkan jumlah khalayak bagi sesuatu tempoh dalam sehari, seminggu, sebulan, atau setahun. Sekiranya lebih ramai khalayak dalam tempoh tertentu, maka lebih tinggi nilai bayaran yang dikenakan oleh stesen penyiaran kepada pengiklan. |
diel periodicity | keberkalaan harian | Perikanan | Tiada | Keadaan atau kejadian yang berulang-ulang dalam masa 24 jam atau kurang, misalnya bunga menguncup setiap petang, dan kelawar terbang pada waktu malam. |
diel periodicity | kekalaan diel | Biologi | Ekologi | Keadaan atau kejadian yang berulang-ulang dalam masa 24 jam atau kurang, misalnya bunga menguncup setiap petang, dan kelawar terbang pada waktu malam. |
advertising campaign | kempen pengiklanan | Komunikasi | Korporat | Proses penyediaan dan pelaksanaan strategi publisiti dan promosi yang komprehensif untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan. Proses ini dilaksanakan dalam tempoh jangka waktu tertentu. Dalam tempoh tersebut, perancangan dan pelaksana kempen perlu menyediakan dan melaksanakan strategi secara sistematik serta bersepadu bagi memastikan matlamat akhir kempen dicapai. Peringkat proses perancangan dan pelaksanaan kempen tersebut adalah seperti yang berikut: (i) Mengenal pasti masalah barangan atau perkhidmatan (ii) Mengenal pasti khalayak sasaran. (iii) Menentukan objektif dan matlamat kempen. (iv) Merancang jenis pendekatan penyaluran mesej dan menentukan media. (v) Menentukan peringkat kesan mesej yang perlu dicapai dalam tempoh atau peringkat kempen. (vi) Menyediakan mesej dan kandungan bagi setiap peringkat kempen. (vii) Melaksanakan kempen. (viii) Menilai kesan bagi setiap peringkat kempen. (ix) Menyusun dan melaksanakan strategi kempen seterusnya. (x) Membuat penilaian kesan akhir kempen. Contoh ke |