Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.we.nang.we.nang] | سونڠ-ونڠ

Definisi : , bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (me­lakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sem­barangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.we.nang.we.nang] | سونڠ-ونڠ

Definisi : 1 dgn sekehendak hati (membuat sesuatu): Ia bertindak ~ saja. 2 dgn kejam atau dgn zalim (melakukan sesuatu): Jangan menyeksa tawanan perang ~nya. 3 tidak dgn usul periksa lagi (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wenang (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan hak, kekuasaan, kekuatan, keupayaan, kemampuan, daya;,
Kata Terbitan : sewenang-wenang, bersewenang-wenang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitrary detentionpenahanan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
arbitrary arrestpenangkapan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
indiscriminate exploitationpengusahasilan sewenang-wenangPerhutananTiadaTiada
arbitrary governmentpemerintahan sewenang-wenangUndang-undangTiadaSistem pemerintahan yang tidak dibatasi oleh undang-undang.
gross negligencekecuaian melampauPentadbiran PerniagaanTiadaTindakan sewenang-wenang sehinggakan boleh dianggap sebagai disengajakan.
murder of all kindspembunuhan pelbagai jenisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mematikan seseorang yang dilindungi dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (perang saudara). Pembunuhan yang dilarang oleh Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva ini merangkumi pembunuhan sewenang-wenang, hukuman mati tanpa perbicaraan dan pembunuhan tanpa izin mahkamah.
war crimejenayah perangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang melanggar undang-undang atau kelaziman perang oleh seseorang atau beberapa orang, negara dan sebagainya. Kategori jenayah yang dilakukan termasuklah pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenang terhadap bandar, pekan dan kampung, dan sebarang pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan ketenteraan. Pelaku jenayah perang ini disebut sebagai penjenayah perang. Undang-undang yang berkaitan dengan jenayah perang antarabangsa antara lainnya ialah The Hague Convention V Respecting the Rights and Duties of Neutral Powers and Persons in Case of War on Land 1907, Geneva Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948, dan Geneva Convention III Relative to the Treatment of Prisoners of War 1949.
besieged areakawasan terkepungUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKawasan yang berbenteng kukuh atau berkubu, yang dikepung oleh kekuatan tentera musuh bagi memaksa pihak di dalamnya menyerah diri. Kawasan terkepung biasanya dikaitkan dengan satu siri serangan tentera yang berpanjangan atau sekatan ke atas sebuah bandar atau kubu dengan niat untuk menakluk bandar atau kubu tersebut dengan cara kekerasan. Contohnya, Bandar Homs di Syria telah menjadi kawasan terkepung akibat tindakan tentera kerajaan Syria yang menyerang pemberontak yang berkubu sejak 2011. Pengeboman yang dilakukan secara sewenang-wenang sehingga mengorbankan banyak nyawa orang awam boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang peperangan.
counterterrorismcegah keganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah.

Kembali ke atas