Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shy


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concertokonsertoMuzikTiada

 Karya digubah untuk pemuzik solo yang diiring oleh orkes­tra. Genre muzik diperkenalkan pada abad ke-17. Terdapat beberapa jenis konserto, antaranya konserto piano dan kon­serto violin. Karya konserto mengandungi tiga gerakan muzik. Gerakan pertama biasanya dalam bentuk sonata yang mempunyai dua eksposisi dan satu kadenza di penghujung ge­rakan, sementara gerakan kedua pula dalam tempo perlahan, manakala gerakan ketiga biasanya dalam bentuk rondo.

shoshoMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aero­fon jenis paip berid yang tidak terkawal. Sho ialah sejenis organ mulut. Alat muzik ini terdiri daripada 17 batang bu­luh dan hampir serupa dengan alat muzik sheng. Sho dari Jepun memainkan gabungan kord dalam muzik gagaku, iaitu muzik diraja Jepun. Alat muzik ini mempunyai kaitan dengan alat muzik sheng dari China. Lihat juga organ mulut, sheng.

gong chimegong chimeMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idio­fon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Gong chime terdiri daripada beberapa buah gong kecil ber­busut yang ditiunkan dalam skel pentatonik atau skel tertentu. Set gong kecil ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunakan sepasang pemukul kayu. Lihat juga caklempong, canang, engkerumong, kulintangan, mong.

improvisationimprovisasiMuzikTiada

 Teknik seni persembahan yang spontan tanpa persediaan terlebih dahulu. Kebanyakan muzik jazz bercorak impro­visasi. Contohnya, gubahan jazz oleh Miles Davis (1926-1991), Benny Goodman (1909-1986), dan Louis Arm­strong (1901-1971).

program music/programme musicmuzik programMuzikTiada

    Muzik bertajuk deskriptif atau muzik berdasarkan sesuatu cerita. Karya menggambarkan maksud tajuk atau cerita ten­tang idea seperti pemandangan, perwatakan dan cinta. Con­tohnya, Symphonie Fantastique, Op. 14 (1830) oleh Berlioz. Lihat juga muzik perwatakan, puisi simfoni.

tambourinetamburinMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan se­bagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mem­punyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bing­kai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muz

transnational musicmuzik transnasionalMuzikTiada

 Muzik yang dipopularkan di seluruh dunia oleh syarikat ra-kaman yang besar seperti CBS, EMI, Sony, BMG dan Poly­gram Philips. Kempen pemasaran melibatkan filem, video, televisyen, radio, piring hitam, kemeja-T dan poster. Con­tohnya, lagu Frozen yang dinyanyikan oleh Madonna, Some­times oleh Britney Spears dan Beat It oleh Michael Jackson.

sonata form/sonata-allegrobentuk sonataMuzikTiada

 Bentuk muzik yang penting pada Zaman Klasik. Bentuk so­nata digunakan dalam pelbagai genre seperti sonata, muzik kamar dan simfoni.Bentuk ini biasanya dalam gerakan muzik pertama.Bentuk sonata terdiri daripada tiga bahagian, iaitu eksposisi, perkembangan dan rekapitulasi. Bahagian ekspo­sisi memperkenalkan tema primer dalam nada tonik dan tema sekunder dalam nada berkaitan. Kedua-dua tema tersebut biasanya berbeza dari segi gaya dan suasana. Bahan transisi yang melibatkan modulasi terdapat antara tema primer dengan tema sekunder. Bahagian eksposisi tamat dalam nada berkaitan seperti nada dominan major atau nada submedian minor. Bahagian perkembangan mengembangkan bahan yang terdapat dalam eksposisi. Perkembangan rnerupakan bahagi­an yang mengalami beberapa modulasi secara berturutan. Ba­hagian rekapitulasi pula mengembalikan bahan dari eksposisi dalam nada tonik. Sebuah karya dalam bentuk sonata mun

gagakugagakuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali seba­gai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud mu­zik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga koma­gaku, togaku.

LegendeLegendeMuzikTiada

 Muzik instrumental atau orkestra yang bertujuan untuk menyampaikan cerita tentang sesuatu legenda. Contohnya, ora­torio Liszt yang bertajuk Die Legende von der Heiligen Elisa­beth (1857-1862).

12345678910...

Kembali ke atas