Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sigap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ideologyideologiSains PolitikHubungan AntarabangsaPola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet.
advertising budgetbelanjawan pengiklananKomunikasiKorporatSejumlah wang yang disedikan oleh pengiklan untuk tujuan pengiklanan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan jumlah yang sesuai bagi sesuatu belanjawan pegiklanan, iaitu bergantung pada: (i) Keadaan pasaran dan bentuk persaingan yang wujud pada sesuatu masa. (ii) Orientasi dan jenis perniagaan. (iii) Jumlah modal operasi perniagaan. (iv) Sikap dan tanggapan pihak pengurusan organisasi terhadap pengiklanan. Belanjawan pengiklanan dirancang dan disediakan berdasarkan tempoh belanjawan yang ditentukan oleh sesebuah organisasi.

Kembali ke atas