silicon fertilizer | baja silikon | Pertanian | Agroteknologi | Baja yang mengandungi unsur silikon larut yang dapat diserap oleh tanaman. Kebanyakan silikon yang terdapat dalam tanah terikat dengan mineral atau batuan, dan tidak dapat diserap oleh tanaman. Kajian menunjukkan bahawa penambahan baja silikon dapat memberi manfaat kepada tanaman seperti padi dan tebu dengan meningkatkan ketahanan terhadap serangan penyakit dan perosak, menguatkan batang padi, dan memberi ketahanan terhadap kemasinan tanah dan tegasan air. Silikon berfungsi mengeraskan dinding sel tumbuhan yang menjadikannya tidak mudah diserang oleh perosak dan penyakit. Antara baja yang boleh membekalkan silikon termasuk kalsium silikat dan magnesium silikat. |
silicon steel | keluli silikon | Teknik | Elektrik | Aloi keluli yang mengandungi 0.5 – 4.5% silikon. Histeresis dan arus pusar keluli silikon ini rendah dan sesuai digunakan dalam teras pengubah. |
silicone finish | kemasan silikon | Kesenian | Tiada | Kemasan yang menggunakan silikon. |
polysilicon | polisilikon | Kejuruteraan | Tiada | Silikon berbentuk berbilang hablur, digunakan dalam teknologi MOS get silikon, yang beraliran elektrik dan lutsinar optik. |
cast iron | besi tuangan | Geologi | Tiada | Aloi besi dengan karbon dan silikon pada kadar kandungan kira-kira 2-5% karbon, 0.2-4% silikon dan kadang-kadang mengandung bahan lain seperti fosforus dan sulfur. |
cast iron | besi tuangan | Kimia | Tiada | Aloi besi dengan karbon dan silikon pada kadar kandungan kira-kira 2-5% karbon, 0.2-4% silikon dan kadang-kadang mengandung bahan lain seperti fosforus dan sulfur. |
cast iron | besi tuangan | Perubatan | Tiada | Aloi besi dengan karbon dan silikon pada kadar kandungan kira-kira 2-5% karbon, 0.2-4% silikon dan kadang-kadang mengandung bahan lain seperti fosforus dan sulfur. |
cast iron | besi tuang | Kimia | Tiada | Aloi besi dengan karbon dan silikon pada kadar kandungan kira-kira 2 – 5% karbon, 0.2 – 4% silikon dan kadang-kadang mengandungi bahan lain seperti fosforus dan sulfur. Besi jenis ini keras dan rapuh, dan merupakan hasil daripada pemanggangan bijih besi di dalam relau bagas. Kebanyakan besi tuang dijadikan keluli, besi tempa dan besi jongkong. |
cast iron | besi tuangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aloi besi dengan karbon dan silikon pada kadar kandungan kira-kira 2-5% karbon, 0.2-4% silikon dan kadang-kadang mengandung bahan lain seperti fosforus dan sulfur. |
silicon controlled rectifier | penerus terkawal silikon | Teknik | Elektrik | Komponen elektronik yang dapat mengawal penerus dan juga bertindak sebagai suis elektronik. Penerus ini terdiri daripada empat lapisan separa pengalir, dan mempunyai tiga kaki yang disebut anod, katod, dan get. Pada asasnya penerus terkawal silikon hanya dapat mengawal separuh kitar positif sahaja, kecuali dibuatkan litar tambahan. |