Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll); bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir; siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silir I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiation fogkabut sinaranMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang biasanya terbentuk di daratan pada waktu malam yang dicirikan oleh angin silir, langit cerah, dan udara lembap di atmosfera aras bawah. Dua ciri pertama, iaitu angin silir dan langit cerah, akan menyebabkan pembentukan songsangan sinaran. Oleh sebab kehilangan air dari udara yang bersentuhan dengan tanah sejuk adalah lebih cepat daripada kehilangan haba, tukaran golakan udara yang berkaitan dengan penyejukan adiabatik, dan pemindahan wap air ke bawah secara bauran pusar, diperlukan untuk menghasilkan pemeluwapan. Adanya nukleus higroskopik, seperti di kawasan industri, mempercepat pembentukan kabut dengan membenarkan pemeluwapan berlaku dalam udara tak tepu.
gentle breezebayu silirGeografiTiada.
light airangin silirSainsHidrometeorologiAngin dengan kelajuan 1 hingga 3 knot mengikut skala Beaufort.
light breezebayu silirMeteorologiMeteorologi PerhubunganLihat bayu.
light airangin silirMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin dengan kelajuan 1 hingga 3 knot mengikut skala Beaufort.
tidal windangin pasang surutSainsHidrometeorologiBayu silir yang berlaku ketika cuaca tenang di ceruk-ceruk yang pasang surutnya kuat; ia bertiup ke pantai bersama-sama air pasang dan bertiup ke laut bersama-sama air surut.
clam beltjalur tenangMeteorologiMeteorologi PerhubunganJalur latitud yang berangin silir, dan arah anginnya berubah-ubah. Jalur tenang utama terdapat di latitud kuda (tenang Sartan dn tenang Jadi) dan doldrum.
radiation fogkabut sinaranSainsHidrometeorologiKabut biasa yang terbentuk di daratan pada waktu malam dan dicirikan oleh angin silir, langit terang, dan udara lembap di aras bawah atmosfera. Dua ciri pertama akan menyebabkan pembentukan songsangan sinaran. Oleh sebab kehilangan air dari udara yang bersentuhan dengan tanah sejuk adalah lebih cepat daripada kehilangan haba, tukaran golakan udara yang berkaitan dengan penyejukan adiabatik dan pemindahan ke bawah wap air secara bauran pusar diperlukan untuk menghasilkan pemeluwapan dalam lapisan yang nyata. Adanya nukleus higroskopik, seperti di kawasan industri, mempercepat pembentukan kabut dengan membenarkan pemeluwapan berlaku dalam udara tak tepu.
breezebayuMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang terhasil akibat perolakan dengan kelajuan sederhana antara 4 hingga 27 knot mengikut skala Beaufort; iaitu bayu silir (4-6 knot), bayu lembut (7-10 knot), bayu sederhana (11-16 knot), bayu segar (17-21 knot), dan bayu kuat (22-27 knot). Bayu di kawasan pantai laut yang bertiup pada waktu siang disebut bayu laut, manakala yang bertiup pada waktu malam disebut bayu darat. Lihat juga skala Beaufort.
colpelanaSainsHidrometeorologiTaburan tekanan atmosfera yang berbentuk pelana dan terjadi di antara dua antisiklon dan dua lekukan yang tersusun berselang-seli. Pelana yang nyata membujur sepanjang paksi tekanan tinggi ialah pelana antisiklon dan yang membujur sepanjang paksi tekanan rendah ialah pelana siklon, sementara yang tidak nyata membujur ialah pelana neutral. Sifat kesemua jenis pelana ialah angin silir yang berubah-ubah. Cuaca yang terdapat pada pelana neutral dikuasai oleh ciri-ciri jisim udara tertentu tetapi selalunya beribut di musim panas dan redup atau berkabut di musim sejuk. Ciri umum bagi pelana antisiklon ialah ciri antisiklon dan bagi pelana siklon ialah ciri siklon.
12

Kembali ke atas