Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mén] | سيمين

Definisi : (simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerja­pekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.mén] | سيمين

Definisi : /simén/ 1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur, tanah liat dll) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll. 2 bahan yg digunakan utk menampal gigi yg berlubang. menyimen 1 membuat lantai dsb drpd simen; memasang sesuatu dgn simen. 2 menampal (gigi) dgn simen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
additive cementsimen bahan tambahKejuruteraanPetroleumSimen atau buburan simen yang telah dimasukkan bahan tambah. Penambahan bahan-bahan ini diperlukan untuk mendapatkan sifat-sifat simen tertentu, seperti simen yang lebih berat, simen dengan kehilangan bendalir rendah, simen dengan kekuatan tinggi, dan lain-lain.
common cementsimen biasaKejuruteraanPetroleumSinonim : simen lazim 1) simen dari kelas A menurut pengelasan simen API. 2) Simen jenis I mengikut piawaian ASTM. (Simen jenis ini dibuat untuk digunakan pada kedalaman hingga 6000 kaki (1830 m) dan tidak diperlukan sifat-sifat khas, tersedia dalam jenis biasa sahaja.
film thicknessketebalan saput filemPergigianTiadaKetebalan simen yang nipis dalam penyimenan restorasi seperti inlai, onlai, korona atau jambatan. Ketebalan simen yang baik untuk pelekatan restorasi adalah antara 40 ?m - 50 ?m. Ketebalan simen yang nipis penting bagi mengurangkan kegagalan pelekatan dalam fasa simen. Simen yang tebal mempunyai risiko kegagalan pelekatan yang tinggi.
gel cementsimen gelKejuruteraanPetroleumSimen atau buburan simen yang telah diubahsuai dengan penambahan bentonit. Penambahan bentonit sering kali dilakukan untuk mengurangkan ketumpatan simen.
cement systemsistem simenKejuruteraanPetroleumBuburan simen yang mengandungi simen, air, dan sama ada mengandungi bahan tambah atau tidak. Buburan simen ini akan digunakan dalam operasi penyimenan telaga.
supersulphated cementsimen bersuper-sulfatKejuruteraanKejuruteraan BangunanSimen yang mengandungi 80 � 85% sanga relau bagas dan 10 � 15% gipsum dengan campuran batu hangus simen portland sejumlah 5% yang bertindak sebagai penggiat. Simen supersulfat merupakan simen berhaba rendah dan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap sulfat, tanah gambut dan minyak.
slow-set cementsimen keras perlahanKejuruteraanPetroleumJenis simen yang masa pengentalannya diperlambatkan dengan cara mengurangi komponen-komponen yang cepat menghidrat di dalam kandungan simen tersebut, dengan penambahan bahan kimia perencat atau dengan menggunakan bahan simen yang mempunyai butiran yang lebih kasar. Antara contoh simen keras perlahan termasuklah simen kelas D, E dan F mengikut pengelasan API.
latex cementsimen lateksKejuruteraanPetroleumSimen telaga minyak yang terdiri daripada campuran lateks, simen, bahan surfaktan dan air. Simen jenis ini dicirikan oleh ikatan yang kuat antara simen dengan bahan-bahan lain dan juga tahanannya terhadap pencemaran oleh minyak atau lumpur penggerudian.
cement bondikatan simenKejuruteraanPetroleumDaya lekatan antara selongsong dengan simen dan antara simen dengan formasi. (Apabila selongsong diturunkan ke dalam telaga, ia disetkan atau diikatkan dengan formasi dengan menggunakan simen)
salt cementsimen garamKejuruteraanPetroleumSimen yang tepu dengan garam. Simen jenis ini digunakan untuk penyimenan selongsong pada zon garam yang terdapatnya penggunaan simen dengan air tawar tidak akan memberikan ikatan simen yang kuat terhadap formasi. Garam yang digunakan adalah natrium klorida.
12345678910...

Kembali ke atas