sing | desing | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
sing convention | kelaziman tanda | Mekanik | Gunaan | Ketentuan yang diterima untuk hala positif dan hala negetif bagi vektor. Kelaziman ini ditentukan untuk kegunaan umum supaya analisis matematik yang dibuat oleh seseorang mudah difahami oleh orang lain. Kelaziman tanda kadangkala ditentukan secara sebarangan untuk sesuatu analisis tertentu tetapi ia perlu tekal bagi keseluruhan analisis itu. Misalnya, momen dalam 2-D biasanya ditakrifkan sebagai positif jika hala anak panah membulat yang mewakili momen itu menghala pada arah jam dan negatif jika menghala pada arah lawan jam. Kelaziman yang sebaliknya boleh juga digunakan asalkan penggunaan itu kekal untuk sesuatu analisis. |
polytetrafluoroethylene | politetrafluoro-etilena | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PTFE. Polimer linear hasil pemfluorinan polietilena yang mempunyai ikatan sekunder yang sangat tinggi yang menyebabkan ia mempunyai ketahanan haba yang sangat baik sehingga melebihi 200oC dan bersifat tahan kimia, tidak larut di dalam pelarut organik, asid dan alkali pekat, kalis api, tahan lelas, dan berintangan elektrik tinggi. Contoh jenama PTFE ialah Teflon. |
thermogravimetric analysis | analisis termogravimetri | Kejuruteraan | Polimer | Sing. TGA. Kaedah pengujian terma apabila berat sampel diukur sebagai fungsi suhu ketika ia dipanaskan pada kadar pemanasan yang terkawal atau seragam. |
dioctyl phthalate | dioktil ftalat | Kejuruteraan | Polimer | Sing. DOP. pemplastik yang biasa digunakan di dalam sebatian polivinil klorida. ia juga sesuai digunakan sebagai pemplastik untuk polimetil metakrilat dan polistirena. Sin. cis-2-etilheksil ftalat. |
polydispersity index | indeks poliserakan | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PDI. Ukuran serakan berat molekul yang dijelaskan sebagai nisbah purata berat berat molekul (Mw) terhadap purata nombor berat molekul (Mn) iaitu MwIMn. Nilai ini merupakan lebar lengkok taburan berat molekul. |
polybutylene terephthalate | polibutilena tereftalat | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PBT. Polimer linear yang dihasilkan daripada pempolimeran pemeluwapan butilena glikol dengan asid tereftalat. |
polydimethyl siloxane | polidimetil siloksana | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PDS. Polimer linear yang dihasilkan melalui pempolimeran pemeluwapan dimetil diklorosilana dengan air. Produk sampingannya ialah asid hidroklorik. |
polyethylene terephthalate | polietilena tereftalat | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PET. Polimer linear yang dihasilkan daripada pempolimeran pemeluwapan asid tereftalik dan produk sampingannya air. Contoh jenama PET ialah Dacron dan Mylar. |
polyphenylene oxide | polifenilena oksida | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PPO. Polimer linear daripada pempolimeran pemeluwapan 2,6-dimetil fenol dengan produk sampingannya air. |