garden snail | siput babi | Pertanian | Tiada | Tiada |
euryoecious | euriesius | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan organisma yang mempunyai batas pemilihan habitat yang luas. Misalnya, siput babi, Achatina fulica. |
generalist | generalis | Biologi | Ekologi | Spesies organisma yang mempunyai pilihan makanan atau habitat yang luas ataupun kedua-duanya. Misalnya arnab dan siput babi. |
profligate reproduction | pembiakan profligat | Biologi | Ekologi | Pembiakan dengan penghasilan telur atau biji yang banyak dan kecil, seperti yang berlaku pada siput babi. Bandingkan pembiakan prudential. |
development response | gerak balas perkembangan | Biologi | Ekologi | Perolehan satu daripada beberapa pilihan bentuk oleh sesuatu organisma, bergantung pada keadaan sekitaran tempat ia membesar. Misalnya, siput babi yang hidup di kawasan yang lebih panas dan kering akan mempunyai cangkerang yang lebih kecil dan tebal daripada yang hidup di kawasan yang lebih sejuk dan basah. |
habituation | penghabituatan | Biologi | Ekologi | Fenomenon pembelajaran apabila individu tidak bergerak balas terhadap rangsangan yang berulang-ulang, yang tidak membahayakan. Misalnya, siput babi akan memasukkan seluruh badannya ke dalam cangkerang, jika tentakelnya disentuh, tetapi jika sentuhan itu dilakukan secara berulang-ulang, siput berkenaan tidak akan bergerak balas lagi. |
bone tool | alatan tulang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang). |