Sir Henry James projection | unjuran Sir Henry James | Geografi | Tiada | Tiada |
Sir John Herschell's projection | unjuran Sir John Herschell | Geografi | Tiada | Tiada |
Shuttle Imaging Radar (SIR) | Radar Imej Ulang-alik | Geografi | Tiada | Tiada |
DNA fingerprinting | cap jari DNA | Sains Forensik | Tiada | Istilah yang digunakan oleh Sir Alec Jeffreys untuk menerangkan prob multilokus yang menunjukkan fragmen DNA selepas dihadapkan oleh enzim. Prob ini menunjukkan kod bar yang dikenali sebagai cap jari DNA. Kini, istilah ini lebih dikenali sebagai pemprofilan DNA yang digunakan sebagai kaedah forensik untuk membandingkan dua sumber DNA yang dipertikaikan. |
Newton’s laws of motion | hukum gerakan Newton | Mekanik | Gunaan | Tiga rumus yang (dibentuk oleh Sir Isaac Newton, 1666-1727) memerihalkan gerakan jasad yang halajunya jauh lebih rendah daripada halaju cahaya. Seluruh struktur ilmu mekanik dibentuk berdasarkan tiga hukum yang berkenaan. Rumus-rumus berkenaan ialah, hukum pertama Newton- jasad yang pada mulanya pegun, atau bergerak pada garis lurus dengan halaju yang malar, akan terus berkeadaan begitu sehinggalah jasad itu ditindak oleh daya tak terimbang. hukum kedua Newton – jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang akan bergerak dengan pecutan yang berkadar langsung dengan magnitud daya tersebut dan pada hala tindakan daya itu. Pemalar perkadaran di antara daya F dan pecutan a dinamai jisim m bagi jasad tersebut. Bagi gerakan linear, hukum ini biasanya ditulis dalam bentuk persamaan sebagai F = ma. hukum ketiga Newton – apabila daya bertindak pada jasad, jasad itu akan mengenakan daya tindak balas yang sama, berlawanan dan segaris, iaitu bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama dan berlawanan. |
garden city movement | gerakan bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari. |
serendipity | serendipiti | Farmasi | Tiada | Penemuan sesuatu yang tidak dijangka dan bernilai sewaktu mencari bahan yang lain. Contohnya, penemuan kesan antibakteria dalam penisilin oleh Sir Alexander Flemming sewaktu menumbuhkan kultur bakteria. |
apologia | apologia | Kesusasteraan | Tiada | 1. Karya yang berisi pembelaan terhadap perlakuan dan pandangan tokoh. Contoh: dipercayai Hikayat Raja-Raja Pasai yang ditulis semula untuk membela imej raja-raja Pasai yang direndah-rendahkan dalam Sejarah Melayu. Lihat Teeuw, A, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. In John Bastin and R. Roolvink ed. Malayan and Indonesian Studies, essays presented to Sir Richard Winstedt. etc. Oxford 1964. PP. 222-34. |
International Law Commission (ILC)) | Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berl |