siren | siren | Sukan | Tiada | Alat yang mengeluarkan bunyi bagi memberitahu penonton, peserta, dan pegawai sukan bahawa sesuatu akan dimulakan. |
fog siren | siren kabut | Geografi | Tiada | Tiada |
siren | semboyan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
aerodyanmic sound | bunyi areodinamik | Fizik | Akustik | Bunyi yang disebabkan proses aliran udara seperti bunyi siren, hingar penyaman udara dan hingar jet. hingar aliran. |
real-time output | output masa nyata | Teknologi Maklumat | Tiada | Output yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata. |
real-time output | output masa nyata | Teknologi Maklumat | Tiada | Output yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata. |
fire alarm | penggera kebakaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Peralatan yang menghasilkan bunyi amaran apabila berlaku kebakaran atau menerima isyarat awal dari penderia asap dan haba sebelum berlaku kebakaran. Bunyi amaran boleh dihasilkan oleh loceng atau siren. Alat ini digunakan untuk melindungi nyawa dan harta di dalam ruang kediaman dan ruang perindustrian. |
bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili |
twentieth century music | muzik abad ke-20 | Muzik | Tiada | Zaman muzik pada abad ke-20 yang merangkumi gaya impresionisme, nasionalisme, ekspresionisme, atonal, muzik dodekafon, neoklasisme, serialisme, muzik aleatori, musique concrete, muzik mikroton, total serialisme, minimalisme dan muzik berintegrasi teknologi komputer. Muzik abad ke-20 biasanya melibatkan pengaruh muzik rakyat dan estetik seni muzik dunia seperti Asia dan Afrika. Alat bukan muzik seperti mesin taip, siren dan penjana elektrik digunakan oleh komposer untuk menghasilkan bunyi dalam gubahan mereka. Debussy, Stravinsky, Schoenberg, Berg, Webern, George Crumb, John Cage, Steve Reich, Takemitzu dan Ligheti adalah antara komposer abad ke-20 yang terke |