Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si/] | سيسيق

Definisi : 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmo­dium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : lapisan kulit yg berkeping-keping spt yg terdapat pd ikan dll. menyisik 1 membuang sisik ikan. 2 meraut buluh dll supaya licin. 3 melihat tuah ayam pd sisik kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisik

Puisi
 

Orang menyabung di balik buluh,
     Ayam jalak sisik berduri;
Intan di gedung emas sepuluh,
     Jatuh terpijak habis sekali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Minta sisik pada limbat.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lepidotelepidotBiologiEntomologiDitutupi sisik-sisik halus.
sisiksisikKesenianTiadaProses membuang atau membersihkan ranting-ranting kecil atau daun-daun pada batang buluh dengan parang atau pisau.
sisik nagasisik nagaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur makhluk berbentuk sisik naga.
sisik kelahsisik kelahKesenianTiada1. Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk sisik ikan kelah.
kelarai sisik kelahkelarai sisik kelahKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk sisik ikan kelah.
sisik tenggiling(Baj., Sam.)sisik tenggiling(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk sisik tenggiling.
hawksbill turtlepenyu sisikPerikananTiadaPenyu laut daripada famili Chelonidae, spesies Eretmochelys imbricate yang mempunyai cangkerang dan sisik besar berwarna keperang-perangan dan merupakan spesies yang terancam. Penyu sisik bergerak dalam jarak yang jauh di sekitar Asia Tenggara. Penyu sisik hanya bertelur di kawasan tertentu sahaja.
scent scalesisik kesturiBiologiEntomologiSisik pada sayap dan kadang-kadang pada badan atau kaki kupu-kupu jantan tertentu. sisik ini merembeskan bendalir berbau kuat yang dapat menarik perhatian kupu-kupu betina.
black scalesisik hitamBiologiEntomologiSerangga sisik dalam genus Saissetia dan famili Coccidae yang menjadi serangga perosak buah-buahan dan tanaman.
cottony cushion scalesisik kusyen kekapasBiologiEntomologiSerangga sisik kecil yang berasal dari Australia. Serangga ini merembeskan gentian bak kapas dan menjadi perosak pokok sitrus. Serangga ini terdapat dalam jumlah yang besar.
12345678910...

Kembali ke atas