Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di ping­gangnya; ~ keris a) memakai keris dgn me­nyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasuk­kan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisip­kannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu di­sisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) me­masukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata­kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: pro­ses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ; ~ kaca kepingan kaca yg kecil dan tipis tempat meletakkan sesuatu yg hendak dilihat di bawah mikroskop. menyisip 1 ada di celah dua benda; menyelit: Sekeping gambar ~ di dlm bukunya. 2 mengganti sesuatu yg la­ma dgn yg baru (atap, papan dsb). 3 mengganti tanaman yg mati dgn yg segar. 4 masuk di celah-celah. menyisipkan 1 memasukkan atau meletakkan se­suatu di celah-celah dua benda; menyelitkan: Dia ~ kerisnya ke pinggang. 2 menggunakan sesuatu utk mengganti yg lama: ~ papan di lantai. tersisip 1 sudah disisipkan; terselit: Sebilah keris ~ di pinggangnya. 2 termuat atau terkandung dlm sesuatu. sisipan imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisip
Kata Terbitan : menyisipi, menyisipkan, tersisip,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sisipsisipKesenianTiada2. Teknik menyambung helaian atau bilahan yang pendek dengan menyisip bilahan atau helaian tersebut pada celah mata anyam.
bilah sisipbilah sisipKesenianTiadaLidi langkap atau lidi buluh yang disisipkan pada benang lungsin untuk menentukan kedudukan corak ketika menyongket.
insetsisipKesenianTiadaSisip: Fabrik atau trimin yang disisipkan di antara pakaian untuk tujuan keselesaan ataupun sebagai hiasan.
knotted insertion stitchjahit sisip simpulKesenianTiadaJahit sisip sika-siku yang mempunyai simpulan pada setiap pangkal mata jahitan.
imbricatesisipGeologiTiadaTiada
insetsisipGeografiTiadaTiada
insertselit/sisipFizikTiadaTiada
insertselit/sisipKomunikasi MassaTiadaTiada
insertselit/sisipPentadbiran PerniagaanTiadaMeletakkan atau memasukkan contoh perkataan dan tanda baca dalam penaipan.
insertselit/sisipKomputerTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas