Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
central nervous systemsistem saraf pusatVeterinarPraklinikalSistem saraf pusat terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem ini bertindak sebagai titik pengumpulan impuls saraf. Otak berfungsi menerima input deria daripada korda spina dan saraf otak sendiri seperti saraf optik. Korda spina mempunyai tiga fungsi jelas yang melibatkan pengaliran maklumat; iaitu mengalirkan maklumat deria dari sistem saraf periferi ke otak; dan mengalirkan maklumat motor dari otak ke otot rangka; otot kardium; otot licin dan kelenjar. Korda spina juga berfungsi sebagai pusat pantulan minor.
central nervous systemsistem saraf pusatPerubatanTiadaSebahagian sistem saraf yang terdiri daripada otak dan korda spina.
antitussiveantitusifFarmasiFarmakologiUbat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng.
central CNS stimulantperangsang sistem saraf pusatPerubatanFarmakologi

Bahan atau ubat yang meningkatkan aktiviti otak melalui rangsangan terus atau menghalang aktiviti pengutus neuro perencat. Bahan ini akan menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif, bertenaga atau sukar tidur. Kebanyakan bahan ini menyebabkan ketagihan dan tolerans. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan sawan dan kematian. Contoh ubat ialah Amphetamine, Cocaine, kafein, marijuana dan alkohol.

autonomic nervous systemsistem saraf autonomiFarmasiFarmakologiBahagian sistem saraf pusat dan sarafperiferi yang mengawal atur aktiviti struktur yang bukan di bawah kawalan voluntari seperti aktiviti pengkontraksian otot jantung. Sistem ini terbahagi kepada sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.
neurotoxicneurotoksikPerubatanTiadaKesan buruk sebatian tertentu terhadap sistem saraf seperti lumpuh, depresi sistem saraf pusat, kegagalan pernafasan dan kematian yang terjadi akibat kerosakan atau gangguan fungsi sistem saraf. Sebatian tersebut dikenali sebagai neurotoksin yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sebatian kimia, racun serangga, bisa ular dan racun daripada tumbuhan.
central nervous system (CNS) paralysiskelumpuhan sistem saraf pusatVeterinarTiadaTiada
encephalonensefalonPerubatanTiadaSebahagian daripada sistem saraf pusat yang terkandung di dalam rongga kranium.
brainotakPerubatanTiadaSebahagian daripada sistem saraf pusat yang terkandung di dalam rongga kranium. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu otak depan (serebrum), otak tengah (mesensefalon) dan otak belakang (serebelum, pons dan medula oblongata). Sin: ensefalon
central nervous systemsistem saraf pusatBiologiFisiologiBahagian sistem saraf yang mengandungi sebahagian besar bilangan badan sel dan sinaps termasuk otak, ganglion serebrum serta korda saraf.
12345678910...

Kembali ke atas