the Madonna | Siti Mariam | Sejarah | Tiada | Tiada |
trickster tale | cerita muslihat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengesahkan kepandaian seseorang dalam menyelesaikan beberapa masalah secara tipu helah dan akal yang cerdik. Contoh: cerita Siti Muslihat dan cerita-cerita Sang Kancil. |
digital data | data digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Data yang boleh diwakili secara diskret dengan digit perduaan atau isyarat digital. Contohnya data peribadi yang tersimpan dalam cip MyKad dan MyKid, disket dan lagu Siti Nurhaliza dalam format MP3. Lihat isyarat digital. |
Ramayana | Ramayana | Muzik | Tiada | Epik dari India yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan peluasan pengaruh India. Versi tempatan telah wujud di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Burma. Cerita Ramayana masih dipersembahkan dalam persembahan wayang kulit, wayang orang dan tarian klasik di negara berkenaan. Cerita utama tentang Seri Rama yang menyelamatkan isterinya, Siti Dewi yang telah diculik oleh Rawana, manakala cerita sampingan berkisarkan pengembaraan Seri Rama, adiknya Laksamana, monyet putih Hanuman dan hulubalang lain semasa mencari Siti Dewi. |
formulaic substitutions | substitusi formulaik | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu perkataan yang digantikan untuk disesuaikan dengan acuan yang telah ditetapkan. Contoh: 'raja yang ghani' ditukar kepaa 'raja yang ghana' dalam menulis sebuah baris syair untuk mendapatkan rima akhir yang dikehendaki a-a-a-a. Contoh: Keempat perempuan yang sempurna; Perdana menteri yang bijaksana; Mempersembahkan kepada raja yang ghana; Masa berhimpun di dalam istana. [Syair Siti Zubaidah Perang China, DBP, 1983, hlm9] |
metrical romance | roman matris | Kesusasteraan | Tiada | Naratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif. |
formula | formula | Matematik | Tiada | Corak melodi, rentak atau seni kata yang digunakan oleh pemuzik tradisi lisan untuk mengimprovisasikan lagu dan muzik instrumental. Selain wujud sebagai corak melodi, formula juga terdapat dalam teks, cerita dan watak dalam suatu genre tradisi lisan. Contohnya, corak rentak lagu pe-rang dalam wayang kulit merupakan salah satu jenis formula muzik. Pengembaraan Seri Rama untuk mencari Siti Dewi pula merupakan formula cerita yang berlaku dalam pelbagai bentuk cerita ranting. Formula dikenali juga sebagai skema atau skemata. |
irama Malaysia | irama Malaysia | Muzik | Tiada | Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu <i>Hijau i>oleh Zainal Abidin, <i>Cindai i>oleh Siti Nurhaliza, dan <i>Dikir Puteri i>oleh Noraniza Idris. <i>Lihat i><i>juga i>muzik popular, <i>world music.i> |
popular music | muzik popular | Muzik | Tiada | Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti <i>Jerat Percintaan i>yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, <i>Fantastik i>oleh KRU, <i>Sinaran i>oleh Sheila Majid dan <i>Sampaikan Salam i>oleh kumpulan Alleycats. <i>Sinonim i>muzik pop. |
wayang kulit Kelantan | wayang kulit Kelantan | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. <i>Sinonim i>wayang kulit Siam. |