Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist kuantiti yg dpt berubah (spt masa dan suhu) dan mempunyai magnitud tetapi tidak mempunyai arah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skalar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scalar multiplicationpendaraban skalarMatematikTiadaProses mendarab sesuatu vektor dengan skalar, hasilnya satu vektor juga. Misalnya, diberi vektor baris v = (1, -2, 3), hasil mendarab vektor v dengan skalar 4 ialah 4v = 4(1, -2, 3) = (4, -8, 12).
scalarskalarMekanikGunaanSebarang kuantiti yang mempunyai magnitud tetapi tidak mempunyai arah. Kesan kuantiti ini dalam sesuatu analisis bergantung pada magnitudnya semata-mata. Kuantiti skalar yang kerap ditemui dalam ilmu mekanik termasuk jisim, masa dan kederasan. Dari segi matematik, kuantiti skalar dikendalikan mengikut hukum-hukum algebra yang biasa. Lihat juga vektor.
scalar potentialkeupayaan skalarFizikMekanik KuantumFungsi skalar yang kecerunan negatifnya menggambarkan medan vektor.
scalar producthasil darab skalarMatematikTiadaLihat hasil darab bintik. Bandingkan pendaraban skalar.
scalarskalarMatematikTiada1. Kuantiti dengan magnitud tanpa arah berbanding dengan vektor. Misalnya, laju ialah suatu skalar, manakala halaju ialah suatu vektor. 2. Nombor.
fieldmedanHidrologiTiadaMedan skalar (misalnya, tekanan), vektor (misalnya, halaju), tensor (misalnya, tegangan) ialah domain yang di setiap titiknya nilai skalar, vektor, tensor dan sebagainya, misalnya medan tekanan, medan halaju dan sebagainya dapat ditentukan.
triple dot producthasil darab bintik tigaanMekanikGunaanKuantiti skalar V yang diperoleh apabila tiga vektor A, B dan C didarab dalam bentuk V = (A x B). C. Perhatikan bahawa sebutan ini boleh ditulis tanpa kurungan yang ditunjukkan, iaitu V + A x B. C kerana hasil darab A x (B . C) tidak mungkin wujud kerana vektor A tidak boleh didarabsilangan dengan skalar B. C.
dot producthasil darab bintikMekanikGunaanKuantiti skalar yang diperoleh dengan mendarab dua vektor A dan B berdasarkan takrif, A . B = AB kos θ dengan θ sebagai sudut tirus di antara dua vektor itu. Hasil darab ini boleh dilihat sebagai magnitud A didarab dengan magnitus kompnen B di arah A, ataupun sebagai magnitud B didarab dengan magnitud komponen A di arah B. Dalam mekanik gunaan, hasil darab bintik mempunyai beberpa kegunaan. Dua kegunaannya yang utama ialah untuk melerai vektor 9misalnya untuk melerai vektor V pada arah paksi-x yang arah positifnya diperihalkan oleh vektor unit i, (Vx = V . i) dan untuk menghitung kerja U yang dilakukan oleh daya F apabila daya itu tersesar dengan sesaran ds (U = F . ds). Hasil darab bintik ini juga dinamai hasil darab skalar.
dot producthasil darabMatematikTiadaHasil darab yang bernilai skalar bagi dua vektor. Diberi dua vektor A dan B, hasil darab bintik bagi A dan B ialah hasil darab magnitud A dan B dan kosinus sudut di antara A dan B; sekiranya A = (a1, a2, a3) dan B = (b1, b2, b3), hasil darab bintik A dengan B ialah a1b1 + a2b2 +a3b3. Hasil darab bintik bagi A dan B biasanya diwakili dengan A . B. Sinonim hasil darab skalar.
scalarskalarFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas