dirndl skirt | skirt dirndl | Kesenian | Tiada | Skirt kedut lepas bahagian pingang, popular pada tahun 1930-an dan 1940-an. Kemudian pada tahun 1980-an diubah suai daripada skirt kembang kedut penuh kepada skirt kedut atau berlisu dan menirus ke kelepet. |
tunic skirt | skirt tunik | Kesenian | Tiada | Skirt dua lapis yang bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawahnya. Diperkenalkan pada tahun 1850-an sebagai gaun pesta yang bahagian lapisan skirt atasnya ditrimkan dengan renda. Skirt lapisan bawahnya pula ditrimkan dengan ropol lebar. |
ballerina skirt | skirt balerina | Kesenian | Tiada | Skirt kembang labuh paras betis, berpesak dan berkedut yang diubah suai daripada skirt penari balet, digunakan sebagai pakaian rasmi malam oleh wanita Barat pada tahun 1940-an dan 1950-an. |
peg-top skirt | skirt peg-top | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Skirt asas yang berlisu pemadan atau berkedut bahagian pinggang dan menirus dari bahagian pinggul ke kelepet.,2. Skirt kedut pinggang dan menirus dari pinggul ke kelepet. |
dropped skirt | skirt pinggang rendah | Kesenian | Tiada | 1. Skirt yang bergaris pinggang di bawah garis pinggang asal.,2. Istilah jahitan yang digunakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, untuk skirt yang dibuat berasingan daripada lapis dalam tetapi kedua-duanya dicantum pada kelim pinggang. |
peg top skirt | skirt peg | Kesenian | Tiada | 1. Skirt asas yang berlisu pemadan atau berkedut pada bahagian pinggang dan menirus dari bahagian pinggul ke kelepet, popular pada tahun 1950-an dan 1960-an.,2. Skirt kedut pinggang dan menirus dari pinggul ke kelepet, popular ketika Perang Dunia II. |
eel skirt | skirt belut | Kesenian | Tiada | Skirt pesak sama sendat di atas pinggul yang digunting serong dan kembang sedikit dari lutut ke kelepet, dipakai pada akhir tahun 1890-an. |
hobble skirt | skirt hobel | Kesenian | Tiada | Skirt wanita labuh paras buku lali, berdrep di pinggul dan tirus ke kelepet. Rekaan pereka pakaian, Paul Poiret pada tahun 1972. |
hula skirt | skirt hula | Kesenian | Tiada | Skirt rumput yang dipakai khas oleh penari hula di Hawaii. Sekarang, jalur plastik digunakan. |
flared skirt | skirt kembang | Kesenian | Tiada | Skirt yang bahagian kelepetnya lebih kembang daripada bahagian pinggul. |