kubah | kubah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian atas yang paling menonjol pada sesebuah masjid. Dibawahnya terdapat ruang dewan solat utama. Bentuk kubah ini berbeza mengikut kawasan atau wilayah. Terdapat pelbagai bentuk kubah seperti bawang, bertingkat, bujur seperti telur, buah kopi dan separuh cembung. Gaya bentuk kubah boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu Turki, Parsi-India, Mesir, Morocco-Andalusia, Arab-Syria dan Alam Melayu. |
alcove | alkof | Kesenian | Seni Bina | Ruang kecil di dalam bilik yang mengunjur ke hadapan dan dibentuk melalui pembinaan dinding dan merupakan sebahagian daripada ruang bilik. Ruang ini lazimnya dibuat bagi menonjolkan keunikannya berbanding ruang-ruang lain, sama ada untuk menarik perhatian, sebagai tempat masuk utama, atau untuk mengelakkan bentuk ruang yang sama. Contohnya, ruang untuk meja bacaan, rak buku atau tempat�solat. Alkof berasal dari perkataan Sepanyol, iaitu �alcoba� atau dari perkataan Arab �alqubbah�. Sinonim petak mengunjur. |