Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social media influencerpempengaruh media sosialTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam media sosial menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna.
moral enterpreneuerpenjaja moralKriminologiTiadaIndividu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat.
social bookmarkingpenandaan media sosialTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
media systemsidang mediaKomunikasiKorporatSistem yang menunjukkan kedudukan dan amalan pelaksanaan media dalam sesebuah negara. Terdapat empat jenis sistem asas media, iaitu sistem media Soviet Komunis, autoritarian, libertarian, dan tanggungjawab sosial. Antara empat jenis sistem tersebut, terdapat sistem yang membenarkan aktiviti pengiklanan serta perhubungan awam dilaksanakan dan terdapat juga sistem yang tidak membenarkannya. Contohnya, dalam sistem media autoritarian, mungkin wujud aktiviti pengiklanan dan perhubungan tetapi pelaksanaannya terhad dan terkawal. Walau bagaimanapun, dalam sistem media libertarian, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam boleh bergerak secara bebas. Malah dari segi sejarahnya, konsep pengiklanan dan perhubungan awam wujud dan berkembang dalam sistem libertarian. Dalam sistem tanggungjawab sosial pula, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam juga wujud serta berkembang tetapi tertakluk kepada etika dan peraturan yang dibentuk bagi mengawal kepentingan khalayak atau pengguna.
hashtagtanda pagarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTanda # yang digunakan dalam media sosial seperti Twitter untuk menerangkan kata kunci atau topik perbincangan tentang sesuatu perkara.
bonespirationinspirasi rangkaKesihatanTiada‘Bonespiration’ ialah akronim perkataan ‘bone’ dan ‘inspiration’ yang merujuk gambar atau perbuatan di dalam media sosial yang mendorong seseorang menjadi kurus kering hingga menampakkan tulang badan.
fitspirationinspirasi cergasKesihatanTiada‘Fitspiration’ ialah akronim perkataan ‘fit’ dan ‘inspiration’ yang merujuk gambar atau perbuatan di dalam media sosial yang mendorong seseorang menjadi sihat dan bertenaga dengan saiz dan bentuk badan yang ideal.
thinspirationinspirasi kurusKesihatanTiada‘Thinspiration’ ialah akronim perkataan ‘thin’ dan ‘inspiration’ yang merujuk gambar atau perbuatan di dalam media sosial yang mendorong seseorang menjadi kurus.
cyberbullybuli siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPerbuatan menghantar mesej dan imej menerusi telefon pintar atau komputer melalui aplikasi media sosial dengan tujuan untuk bermusuh dan ugutan.
trendingsohor kiniTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSuatu yang muncul sebagai popular; disebut secara meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya laman media sosial.
12

Kembali ke atas