reverse specification | spesifikasi balikan | Teknologi Maklumat | Perisian | Spesifikasi yang diabstrakkan daripada kod sumber atau huraian reka bentuk. Spesifikasi dalam konteks ini bermaksud huraian abstrak tentang ciri dan fungsi suatu perisian. Dalam kejuruteraan hadapan, spesifikasi ini menerangkan ciri dan fungsi suatu perisian tetapi maklumat ini biasanya tidak dinyatakan dalam kod sumber. |
grade mark | tanda gred | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Simbol untuk mengesahkan gred kayu berdasarkan kehadiran atau ketiadaan cacat seperti retak, buku, dan/atau reput. Terdapat dua kumpulan tanda gred berdasarkan dua spesifikasi, iaitu spesifikasi pasaran am dan spesifikasi pasaran khas. |
software specification | spesifikasi perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu set dokumentasi yang menerangkan secara terperinci tentang ciri-ciri dan perlakuan sistem. Dokumentasi ini mengandungi spesifikasi kefungsian perisian yang menunjukkan spesifikasi yang diperlukan oleh pengguna sistem. Spesifikasi perisian biasanya dihasilkan pada peringkat awal pembangunan sistem. |
spesial market specifications | spesifikasi pasaran khas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesifikasi penggredan yang memperuntukkan peraturan penggredan kayu gergaji yang mempunyai kegunaan terakhir tertentu. Spesifikasi ini digunakan dalam ukuran yang dibekalkan oleh pengeluar, misalnya kayu landasan kereta api atau kayu palang. Setiap gred mempunyai peruntukan cacat terizinkan, dan kepingan kayu dalam gred, tertentu perlu memenuhi peruntukkan masing-masing. Spesifikasi penggredanini digunakan untuk menggred kayu sempurna lebar dan kayu panel, kayu jalur, kayu pendek, kayu palang, kayu gerabak kereta api, kayu landasan kereta api, beruti, beruti besar segiempat sama, dan kayu geladak. |
macrobending | makrolentur | Kejuruteraan | Tiada | Lentur yang disebabkan oleh spesifikasi gentian tidak mengikut spesifikasi jejari lentur. |
general market specifications | spesifikasi pasaran umum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesifikasi Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia yang memperuntukkan peraturan penggredan papan nipis atau tebal yang biasanya digergaji semula sebelum digunakan untuk pelbagai tujuan akhir. Spesifikasi ini juga digunakan untuk mengredkan stok dimensi yang mempunyai panjang dan lebar yang ditetapkan, iaitu lebar dan panjang minimum yang dikehendaki dalam sebarang peringkat yang tidak kurang daripada 4 inci (102 mm) lebar dan 6 kaki (1829 mm) panjang. Spesifikasi ini memperuntukkan enam gred yang berbeza, berdasarkan panjang dan lebar minimum. Gred tersebut adalah prime, select, standard, sound, serviceable dan utility. |
herbal preparation specification | spesifikasi sediaan herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi sediaan herba yang digunakan dalam penghasilan produk akhir herba. Biasanya spesifikasi ini mengandungi tatacara dan ujian had yang bersesuaian seperti dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah herba atau produk akhir herba. |
code generator | penjana kod | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang menjana secara automatik atur cara komputer dari satu spesifikasi berstruktur yang lengkap. Spesifikasi ini menerangkan cara sistem penggunaan harus dikendalikan. |
procurement specification | spesifikasi perolehan | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi yang dikeluarkan oleh agensi perolehan bagi mendapatkan kontrak untuk pembangunan sistem. |
algebraic specification | spesifikasi algebra | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi formal yang menggunakan persamaan dan hujah algebra bertujuan untuk menerangkan jenis data abstrak serta menyatakan kendalian yang dibenarkan terhadapnya. |