aconitase | akonitase | Kimia | Tiada | Hidratase yang memangkini proses saling tukar berbalik antara sitrat dengan isositrat. Enzim ini mengandungi ion Fe(II) yang membentuk kelat yang stabil dengan asid sitrik, dan memerlukan kumpulan tiol seperti sisteina atau glutation terturun. |
aconitase | akonitase | Kimia | Biokimia | Hidratase yang memangkini proses saling tukar berbalik antara sitrat dengan isositrat. Enzim ini mengandungi ion Fe(II) yang membentuk kelat yang stabil dengan asid sitrik, dan memerlukan kumpulan tiol seperti sisteina atau glutation terturun. |
stability condition for VLE | keadaan kestabilan VLE | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sistem perduaan yang terdiri daripada cecair dan wap (sistem VLE) pada suhu malar T. Sistem tersebut stabil jika pecahan jisim atau mol pada fasa gas y dan fasa cecair x serta tekanan P mematuhi keadaan berikut: (i) dy1/dx1 > 0. (ii) dP/dx1, dP/dy1, dan y1 � x1 mempunyai tanda yang sama. |
gear lubricants | bahan pelincir gear | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Bendalir yang digunakan untuk melincirkan gear atau sistem pemacu gear. Fungsi bendalir ini adalah untuk membentuk satu lapisan nipis antara permukaan gigi gear. Lapisan ini mestilah mampu bertahan di kedudukannya walaupun dikenakan tekanan yang tinggi oleh gigi gear. Lapisan ini juga mestilah mempunyai tahap kelikatan yang sesuai pada suhu operasi gear dan mampu menyediakan tahap penyejukan yang memadai kepada gear. Untuk tujuan ini, bendalir mestilah mempunyai gabungan ciri kompleks yang berikut: i. Antihaus, iaitu mempunyai kekuatan lapisan dan mempunyai ciri pelinciran yang baik. ii. Keberaliran optimum, iaitu mempunyai kelikatan paling rendah pada suhu rendah, kelikatan yang memuaskan, lapisan nipis bendalir yang terhasil pada suhu tinggi mesti mempunyai cukup keupayaan menanggung beban dan mempunyai suhu alah yang cukup rendah. iii. Antikarat. iv. Serasi dengan pengedap. v. Keboleharapan, iaitu tahan penuaan, stabil pengoksidaan dan stabil mekanikal. |
local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |