fluid statics | statik bendalir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kajian tentang sifat bendalir pada keadaan keseimbangan tanpa tegasan ricih atau tentang bendalir yang tidak mengalir. Hanya profil tekanan di dalam bendalir yang diperoleh daripada persamaan statik bendalir. Statik bendalir merupakan kes mekanik bendalir yang dipermudah bagi kes halaju bendalir sifar. |
static marking | kawal statik (Polo Air), tanda statik | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
static pressure | tekanan statik | Aeroangkasa | Tiada | 1. Tekanan statik: Komponen daya per unit luas dalam arah normal kepada permukaan jasad.,1. Tekanan statik: Komponen daya per unit luas dalam arah normal kepada permukaan jasad. |
static head | hulu statik | Hidrogeologi | Tiada | Ketinggian permukaan suatu turus air di atas suatu datum standard yang dapat ditopang oleh tekanan statik di suatu titik tertentu. Hulu statik adalah jumlah hulu dongak dan hulu tekanan (USGS). (Dimensi: L) Cat.: Dalam keadaan yang memungkinkan penerapan hukum Darcy, halaju air tanah itu sangat kecil sehingga hulu halaju dapat diabaikan. Hulu bererti hulu statik, kecuali diterangkan selainnya. Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: hulu hidrostatik Nota: Hulu artois mempunyai makna yang lebih terbatas dan digunakan hanya untuk air tanih tertekan. |
static constant | pemalar statik | Teknologi Maklumat | Perisian | Dalam bahasa pengaturcaraan, pemalar statik merujuk kepada nilai yang tetap yang diketahui ketika masa pengkompilan. Nilai ini akan mempunyai nilai yang sama setiap kali atur cara tersebut dijalankan. Perubahan nilai hanya boleh dibuat dengan mengubah kod atur cara tersebut dan pengkompilan juga perlu dibuat sekali lagi. Contoh pemalar statik dalam bahasa C atau C++ adalah seperti yang berikut: CONST int a=100; |
static equilibrium of shafts | keseimbangan statik aci | Mekanik | Gunaan | Keadaan yang diperoleh apabila pusat jisim aci yang mempunyai jisim sipi berapa pada paksi aci. Aci yang memiliki ciri keseimbangan statik akan berada dalam keseimbangan jika disokong mengufuk dalam sebarang kedudukan aci itu. Keseimbangan statik diperlukan jika keseimbangan dinamik mahu dicapai. Lihat juga keseimbangan dinamik, pengimbangan. |
static balance | imbangan statik | Mekanik | Gunaan | (bagi aci) Keadaan yang diperoleh apabila pusat jisim aci yang mempunyai jisim-jisim sipi berada pada paksi putaran aci itu. Aci yang memiliki ciri imbangan statik akan berada dalam keseimbangan jika disokong pada garis mendatar dalam sebarang kedudukan aci itu. Imbangan statik diperlukan jika imbangan dinamik mahu dicapai. Lihat juga imbangan dinamik, pengimbangan. |
cone of static friction | kerucut geseran statik | Mekanik | Gunaan | Kerucut bulat yang mempunyai sudut puncak φs, dengan φs sebagai sudut geseran statik bagi permukaan sentuh yang berkenaan. Bagi keadaan gerakan jangkaan, tindak balas R di antara permukaan-permukaan itu berada pada kerucut ini. Jika keadaan gerakan jangkaan belum tercapai, garis tindakan R berada di dalam kerucut ini. Perhatikan bawah kerucut geseran kinetik berada di dalam kerucut geseran statik kerana φs > φk [Rajah K4]. Lihat juga kerucut geseran, kerucut geseran kinetik. |
static generator | penjana statik | Teknik | Elektrik | Penjana yang menghasilkan tenaga elektrik statik tinggi secara proses elektrostatik. Misalnya, mesin pengaruh dan penjana Van de Graaff. |
static pressure | tekanan dasar lubang statik | Kejuruteraan | Tiada | 2. Tekanan dasar lubang statik: Tekanan di dasar lubang semasa ketiadaan aliran. |