remote access | capaian jauh | Kejuruteraan | Tiada | 1. Berkenaan perhubungan dengan kemudahan pemprosesan data oleh stesen-stesen yang jauh dari kemudahan berkenaan.,2. Berkenaan perhubungan dengan pemproses komputer oleh stesen-stesen pangkalan yang jauh daripada pemproses itu. |
meteorological transmission | pemancaran meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Komunikasi maklumat meteorologi dengan menggunakan salah satu sistem yang berikut: i. Stesen ke stesen: hubungan radio atau saluran yang dipasang di antara stesen- stesen tertentu; ii. siaran: komunikasi melalui radio dengan tujuan supaya dapat diterima di mana-mana tempat dalam kawasan tertentu. |
booster station | stesen penggalak | Komunikasi | Tiada | Stesen yang menjadi penyambung dan pengulang isyarat siaran yang diterima. Jarak di antara satu stesen dengan stesen penyambung yang lain ialah 32 km. Isyarat yang telah diterima itu kemudiannya akan dihantarkan dari satu stesen ke stesen penyambung yang lain. |
syndicated program | rancangan gugusan | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen atau filem yang telah dibeli oleh agen siaran untuk diagihkan kepada stesen-stesen televisyen yang berminat untuk membeli dan menyiarkannya. |
feeder cable | kabel penyuap | Kejuruteraan | Tiada | Kabel sama ada di atas atau di dalam tanah, yang merupakan talian terus untuk menghantar kuasa elektrik yang tinggi dari sesebuah stesen jana kuasa ke stesen-stesen kecil. |
radio relay system | sistem geganti radio | Kejuruteraan | Tiada | Sistem penghantaran radio yang isyarat-isyarat diterima dan dihantar semula dari tempat ke tempat oleh stesen-stesen radio perantaraan. |
forecasting centre | pusat peramalan | Geologi | Tiada | Pejabat ramalan utama yang bertanggungjawab menyediakan sama ada carta analisis dan prognosis atau ramalan cuaca untuk disebarkan ke stesen-stesen cawangan di kawasan berkenaan atau kedua-duanya. |
forecasting centre | pusat ramalan | Sains | Hidrometeorologi | Pejabat ramalan utama yang bertanggungjawab menyediakan sama ada carta analisis dan prognosis atau ramalan cuaca yang disebarkan ke stesen-stesen cawangan di kawasan berkenaan atau kedua-duanya. |
station index number | nombor indeks stesen | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kumpulan angka lima digit (IIiii) yang digunakan dalam utusan sinoptik untuk menandakan stesen tertentu. Nombor indeks stesen terdiri daripada nombor blok (II) yang menunjukkan lokasi stesen dan nombor stesen (iii). Misalnya, (96647) 96 menunjukkan dan nombor blok kawasan Malaysia, dan 647 nombor stesen Subang. |
satellite station | stesen satelit; stesen lampir ukur | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |