streaming tape drive | pemacu pita strim | Komputer | Tiada | Tiada |
streaming factor | faktor penyaluran | Kejuruteraan | Tiada | Pengecilan per unit panjang bahan setara homogen dibahagi dengan pengecilan per unit panjang bahan yang mengandungi rongga. |
streaming potential | keupayaan penyaluran | Kejuruteraan | Tiada | Perbezaan keupayaan di antara diafragma telap atau pepejal boleh telap lain dan cecair yang melaluinya. |
streaming | penjurusan | Pendidikan | Tiada | Proses membahagikan pelajar yang sebaya kepada beberapa kelompok atau kelas berasaskan kebolehan menyeluruh atau dalam sesuatu mata pelajaran. |
streaming | penstriman | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum ia dihantar sepenuhnya. |
streaming audio | penstriman audio | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penghantaran data audio yang membenarkan pengguna mendengar audio sambil ia dimuat turun ke komputer. |
streaming video | penstriman video | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penghantaran data video dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna menonton imej video secara langsung sambil ia dimuat turun ke komputer. |
streaming | penstriman | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum data dihantar sepenuhnya. |
streaming protocol | protokol penstriman | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawai spesifikasi yang menentukan kaedah aliran fail media seperti fail audio dan video secara berterusan di antara komputer penghantar dengan penerima dalam persekitaran rangkaian. Kaedah ini memastikan kandungan fail digital(audio atau video) dapat dimainkan tanpa menunggu keseluruhan fail tersebut dimuat turun. Contoh perkhidmatan yang memanfaatkan piawai ini ialah siaran "live tickers" dan Net radio. Piawai ini memerlukan perisian khusus seperti RealPlayer, eBook Reader, Acrobat Reader dan Microsoft MediaPlayer untuk membolehkan data striman ditonton atau didengar. |
streaming | mengarus | Fizik | Atom dan Nuklear | Aliran gas yang melalui tiub pada tekanan rendah dengan lintasan bebas min adalah besar berbanding diameter tiub. Berdasarkan teori gas kinetik, gas yang mengalir adalah disebabkan oleh gerakan rawak molekul dan kecerunan ketumpatan sepanjang tiub. Oleh yang demikian, bilangan molekul melintangi keratan rentas pada arah berlawanan adalah berlainan. Bagi tiub keratan rentas bulat, jisim aliran per saat adalah berkadaran terhadap perbezaan tekanan dan kuasa tiga jejari tiub. |