structuralism | strukturalisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang menumpukan aspek keindahan pada struktur binaan itu sendiri selain fungsinya sebagai penopang sebuah bangunan. Pendekatan seni bina ini cuba menggambarkan bahawa struktur bangunan, sekiranya ditangani dengan baik, akan menjadi elemen estetika yang indah dan berkesan. Pendekatan strukturalisme bermula di Jerman dan Rusia pada awal gerakan seni bina moden. |
structuralism | strukturalisme | Geografi | Tiada | Tiada |
binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |
structuralist poetics | puitika strukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut. |
structural criticism | kritikan struktural | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut. |
parole | parole | Kesusasteraan | Tiada | Usaha menggabungkan bahan bahasa untuk menghasilkan percakapan atau penulisan. Parole penting dalam teori strukturalisme yang mempunyai makna percakapan. Parole diperkenalkan oleh seorang ahli linguistik, Ferdinand de Saussure dengan istilah langue menunjukkan sistem atau aspek keseluruhan bahasa, iaitu semua elemen bahasa seperti tatabahasa dan sintaksis, serta kepelbagaian corak, dalam koleksi bawah sedar manusia yang dikongsi bersama. Oleh sebab langue bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia ketika berfikir dan memberi konsep, maka langue dianggap konsep yang abstrak. Parole pula bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia semasa proses percakapan dan penulisan merupakan konsep yang konkrit. |
Gestalt psychology | psikologi Gestalt | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan dalam psikologi yang mengkaji tentang pemikiran, penilaian, pembelajaran dan persepsi secara keseluruhan. Pendekatan ini menolak strukturalisme yang menganalisis pengalaman kepada unit yang kecil. Slogan dalam kalangan ahli psikologi Gestalt ialah keseluruhan itu adalah lebih hebat daripada gabungan bahagian-bahagiannya. Cara gabungan ini menyebabkan persepsi dan personaliti dikaji secara lebih mendalam. |
mirror phase | fasa cerminan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense |
readerly | mesra baca | Kesusasteraan | Tiada | Sifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca. |
recit | recit | Kesusasteraan | Tiada | Susunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya. |