subplot | subplot | Kesusasteraan | Tiada | Plot sampingan daripada plot utama dalam sesebuah cereka. |
subplot | subpetak | Pertanian | Tiada | Tiada |
unity | kesatuan | Kesusasteraan | Tiada | Konsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya. |
counterplot | plot sampingan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik. |