subversive | subversif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menjatuhkan kerajaan yang dilakukan secara sulit dan di luar batasan perlembagaan. Usaha ini dilakukan dari dalam sesebuah negara dan sukar dikesan oleh pemerintah. Tindakan ini dilakukan secara propaganda, menggunakan bantuan kewangan, tindakan pengintipan atau pengumpanan seperti pengedaran dadah. Contohnya, gerakan komunis cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia secara subversif melalui penyusupan ke dalam pentadbiran kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan dahulu. |
subversive | subversif | Sains Politik | Tiada | Tiada |
subversion | subversif | Undang-undang | Tiada | sesuatu yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sistem politik, kerajaan, agama dan lain-lain dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit. |
subversive | subversif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
confrontation | konfrontasi | Sejarah | Tiada | Konflik yang berlaku sebelum dibuat pengisytiharan perang dengan melakukan gerakan subversif, propaganda di peringkat antarabangsa dan juga gerakan gerila seperti yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia pada tahun 1960-an. |
underground film | filem bawah tanah | Komunikasi | Tiada | Filem yang bertentangan dengan konsep filem arus perdana. Filem ini bersifat percubaan,subversif, bohemian dan hanya menarik minat sekumpulan kecil manusia sahaja. Genre filem ini berasal dari Eropah dan wujud di sekitar tahun 1950-an hingga 70-an. sinema bebas. |
safe district | kawasan selamat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman. |
public interest | kepentingan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Keadaan yang merujuk kepada kesejahteraan bersama atau kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara. Kepentingan awam menjadi teras kepada kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemantapan taraf pendidikan. Dalam konteks ini kerajaan memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan kepentingan awam demi menjaga keselamatan dan kemakmuran supaya tidak wujud unsur-unsur subversif yang boleh menjejaskan keamanan negara. |
civil-military relations | hubungan awam-tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik |
radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |