Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak; 3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan; bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2. mengemam tembakau sambil makan sirih; menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mischo­carpus sumatranus; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sundaicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1 = kayu ~, = pesugi lidi atau kayu halus yg digunakan utk mem­bersihkan sela-sela gigi; pencungkil gigi. 2 = kayu ~, = pesugi kayu yg lebih kurang sebesar jari yg dititik hujungnya dan digunakan sbg berus gigi. 3 tembakau yg dikemam dlm mulut; songel. bersugi 1 membersihkan gigi dgn sugi. 2 mengemam tembakau sambil makan sirih. menyugi 1 menggunakan sugi utk membersihkan gigi. 2 menggunakan sugi utk men­cung­kil gigi (mencungkil sumbu pelita yg pendek dsb). 3 menggosok bibir dsb dgn tembakau (ketika makan sirih). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sugi
Kata Terbitan : menyugi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Justicia gendarussaGandarusa HitamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renik mempunyai batang bewarna hijau kehitaman. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah-jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian lepas bersalin. Daun dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan.
Justicia gendarussagandarusa hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renek ini mempunyai batang berwarna hijau kehitam-hitaman. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian selepas bersalin. Daunnya dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, sakit pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan.

Kembali ke atas