Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suis] | سوءيس

Definisi : alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik lampu; pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suis] | سوءيس

Definisi : alat yg menghubungkan atau yg memutuskan sesuatu litaran elektrik: ~ lampu pemetik lampu. pensuisan proses, hal, kaedah dsb memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
switch panelpanel suisTeknikElektrikMeja khas tempat mencagakkan suis-suis bagi memudahkan kawalan. Suis ini biasanya daripada jenis yang sedatar dengan permukaan. Panel suis biasanya digunakan dalam bilik kawalan.
main switch boardpapan suis utamaSosiologiTiadaPapan yang disediakan untuk pemasangan alatan suis-suis kawalan seperti suis utama dan pemutus litar.
switchsuisTeknikElektrikPeranti untuk mengawal atau mengarahkan pengaliran arus dalam sesebuah litar. Suis juga boleh memutuskan dan menyambungkan litar, atau mengubah sambungan litar. Ada pelbagai jenis suis termasuk suis kutub tunggal, suis dua hala, suis perantaraan, dan suis gelendong.
pressed switchsuis antingKejuruteraanTiadaSuis yang diatur untuk dipasang pada kabel boleh lentur. Sinonim: suis loket; suis pear; suis gantung.
main switching centrepusat pensuisan utamaSosiologiTiadaPusat terletaknya suis-suis kawalan.
limit suissuis hadTeknikElektrikSuis yang berfungsi sebagai pengawal had, sama ada had ketinggian, aras, atau putaran motor. Suis ini diletakkan di tempat yang sesuai dan bertindak apabila sesuatu objek melanggarnya.
microswitchsuis mikroTeknikElektrikSuis berukuran kecil yang dikendalikan dengan menggunakan tuil beroda atau tombol. Contoh penggunaan suis ini ialah sebagai suis had atau suis pintu kereta untuk memastikan pintu ditutup rapat; jika tidak lampu pintu akan terus menyala.
intermediate switchsuis perantaraanTeknikElektrikSuis yang direka bentuk sebagai suis pembalik litar tanpa kedudukan mati. Suis ini digunakan untuk mengawal lampu dari satu empat atau lebih. Suis ini biasanya digunakan bersama suis dua hala, dan berfungsi membalikkan sambungan di antara suis dua hala tersebut supaya kedudukan hidup menjadi kedudukan mati, atau sebaliknya.
master switchsuis indukTeknikElektrik1. Suis yang mengawal keseluruhan suis lain dalam sesuatu litar. Ada beberapa jenis kawalan suis induk termasuk kawalan induk pembatalan bagi suis dua hala, dan kawalan induk segera. 2. Peranti yang mengawal dan mengawasi kendalian penyentuh dan tambahannya.
switch boxkotak suisTeknikElektrikKotak yang digunakan untuk pemasangan alat tambah suis atau suis. Kotak ini biasanya dibuat daripada kayu keras atau logam mengikut jenis suis dan pendawaian yang digunakan.
12345678910...

Kembali ke atas