Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : (sukaréla) = dgn (secara) ~ dgn kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dgn rela hati: mereka dgn ~ mem­bantu petani-petani; pekerja ~ pekerja yg tidak digaji atau diupah; bersukarela dgn sukarela (melakukan se­suatu): mereka telah ~ membuat karangan bunga utk diletakkan di tugu peringatan perang; kesukarelaan sikap sukarela: sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : /sukaréla/ tidak dipaksa-pak­sa; atas kemahuan sendiri; secara rela hati: Kami sanggup bekerja dgn ~. bersukarela melakukan sesuatu dgn sukarela: Mereka telah ~ membersihkan kawasan masjid itu. sukarelawan orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. sukarelawati orang pe­rem­puan yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukarela (adverba)
Bersinonim dengan dengan rela hati, dengan kehendak sendiri.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voluntary disclosureberitahu sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaPemberitahuan yang dibuat dengan sukarela berkenaan dengan pendapatan yang tidak dilaporkan sebelumnya.
voluntary pawn salejualan gadaian sukarelaEkonomiEkonomi IslamTindakan sukarela yang dilakukan oleh penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Tindakan ini berlaku apabila penggadai mengambil barang gadaian dengan izin daripada pegadai dan menjualnya sendiri untuk melangsaikan hutang.
voluntary compliancepatuh sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaPematuhan kepada undang-undang percukaian secara sukarela.
voluntary excesslebihan sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaSebahagian daripada amaun kerugian yang tidak termasuk lebihan wajib yang ditanggung oleh pihak yang diinsuranskan. Biasanya amaun kerugian ini terdapat di dalam insurans motor, yang boleh mengurangkan premium yang perlu dibayar oleh pihak yang diinsuranskan jika ia bersetuju untuk menanggung secara sukarela.
mubadaah contractakad mubadaahEkonomiEkonomi IslamAkad yang menentukan pemilik modal menyerahkan modal kepada pihak lain untuk diusahakan secara sukarela. Pemilik modal akan menerima semua keuntungan daripada usaha tersebut dan menanggung semua kerugian. Pihak yang mengusahakan modal berkenaan tidak menerima sebarang untung atau upah kerana usahanya dilakukan secara sukarela atas asas kebajikan.
voluntarilysukarelaUndang-undangTiadaMembuat sesuatu tanpa paksaan dan dengan menyedari implikasi perkara yang dilakukan.
voluntary unemploymentpengangguran sukarelaGeografiTiadaTiada
voluntary migrationperhijrahan sukarelaGeografiTiadaTiada
voluntary unemploymentpengangguran sukarelaKependudukanTiadaTiada
voluntary parenthoodkeibubapaan sukarelaKependudukanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas