village health volunteer | sukarelawan kesihatan kampung | Kejururawatan | Tiada | Individu yang memberikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela di kampung. |
All-India Volunteer Organization | Pertubuhan Sukarelawan Seluruh India | Sejarah | Tiada | Tiada |
social support | sokongan sosial | Perubatan | Tiada | Bakti sukarelawan kepada pesakit bagi menggalakkan kesejahteraan kesihatan. |
meteorological observer | pemerhati meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kakitangan perkhidmatan meteorologi atau sukarelawan yang diiktiraf oleh perkhidmatan meteorologi, yang membuat dan menyebarkan hasil pencerapan meteorologi. |
advanced activities of daily living | aktiviti kehidupan harian lanjutan | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti harian yang lebih kompleks dan dapat memberikan manfaat kepada individu lain. Contohnya, kerja sukarelawan dan aktiviti rekreasi. |
KDE (K desktop environment) | KDE (persekitaran atas meja K) | Teknologi Maklumat | Tiada | Persekitaran atas meja untuk satu operasi sistem pengendalian seperti UNIX yang dicipta oleh sekumpulan sukarelawan di Eropah. |
clinical trial | ujian klinikal | Perubatan | Farmakologi | Kajian berbentuk eksperimen secara terkawal yang dijalankan ke atas manusia untuk menilai keberkesanan dan keselamatan sesuatu ubat atau bentuk rawatan. Subjek terdiri daripada sukarelawan yang sihat atau pesakit dan kajian ini memerlukan kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. Terdapat empat fasa dalam kajian klinikal; fasa satu adalah untuk menilai keselamatan dan farmakokinetik ubat, fasa dua menilai dos yang sesuai, fasa tiga menilai efikasi dan fasa empat dilakukan pascapasaran untuk menilai kesan sampingan yang tak terduga. |
soup kitchen | dapur amal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pusat bantuan makanan yang disediakan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Selalunya bantuan ini dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan atau sukarelawan. |
bioequivalence | biokesetaraan | Perubatan | Farmakologi | Keadaan apabila ubat generik menghasilkan ciri farmakokinetik dan farmakodinamik yang setara dengan ubat yang dihasilkan oleh pengeluar asal. Pembuktian biokesetaraan memerlukan kajian farmakokinetik perbandingan antara ubat asal dengan ubat generik yang melibatkan sukarelawan yang sihat. Dua ubat dikatakan mempunyai biokesetaraan apabila kedua-duanya menghasilkan nilai bioketersediaan yang mempunyai perbezaan kurang daripada 20 %. Sinonim bioekuivalens. |
prepublicity | praseranta | Komunikasi | Korporat | Proses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan. |