intramuscular injection | suntikan intraotot | Farmasi | Farmaseutik | Penyampaian dos drug secara setempat atau ke peredaran sistemik melalui suntikan ke dalam otot. Penyerapan drug melalui suntikan ini adalah lebih cepat daripada suntikan subkutaneus tetapi adalah lebih lambat daripada suntikan intravena. Biasanya dos yang diberikan berisipadu lebih besar daripada dos suntikan subkutaneus. |
acute pain management | pengurusan nyeri akut | Perubatan | Tiada | Pengendalian kesakitan akut selepas pembedahan dengan memberikan analgesik kepada pesakit sama ada secara oral, rektal, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi berterusan, analgesia kawalan pesakit dan analgesia sebahagian. |
fluid injection | suntikan bendalir | Kejuruteraan | Petroleum | Suntikan gas atau cecair ke dalam reserbor untuk menolak minyak yang terdapat di dalam reserbor berkenaan supaya mengalir masuk ke dalam lubang telaga yang berpengeluaran. Suntikan boleh dilakukan dari telaga yang berdekatan atau dari zon lain pada telaga yang sama (telaga yang berpengeluaran). Merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan atau mempertahankan daya pengeluaran reserbor yang terlibat. |
impulse input | masukkan dedenyut | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemasukan suap secara suntikan unggul, iaitu masa suntikan menghampiri sifar pada ketika tertentu. |
cancer pain management | pengurusan nyeri kanser | Perubatan | Tiada | Pengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut. |
intrathecal injection | suntikan intratekal | Perubatan | Tiada | Suntikan melalui teka korda spina atau saraf tunjang ke dalam ruang subaraknoid. |
intramuscular injection | suntikan intraotot | Perubatan | Tiada | Suntikan ke dalam otot. |
hypodermic injection | suntikan hipodermis | Perubatan | Tiada | Suntikan yang dibuat ke dalam tisu subkutaneus. |
subcutaneous injection | suntikan subkutan | AIDS | Tiada | Suntikan melalui bawah kulit. |
intrathecal injection | suntikan intratekal | Farmasi | Farmakologi | Suntikan agen terapeutik yang dilakukan melalui korda spina (saraftunjang) untuk memberi kesan anestesia pada bahagian bawah tubuh dan boleh juga digunakan untuk kemoterapi. |