Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sursurMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Badan atau paip sur berbentuk kon. Alat muzik ini hampir serupa dengan alat muzik shahnai tetapi mempunyai dua atau tiga lubang jari sahaja. Sur menghasilkan dron, iaitu pic berterusan untuk mengiringi melodi yang dimainkan oleh shahnai. Sur yang terdapat di India Utara dimainkan dalam tradisi muzik Hindustani. Lihat juga shahnai.

surpetisurpetiMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan rid yang tidak terkawal atau alat muzik elektrofon. Sur peti yang terdapat di India Selatan dimainkan dalam mu­zik klasik Karnatak. Terdapat dua jenis sur peti, iaitu (i) sur peti yang terdiri daripada kotak dengan papan nada dan belos seakan-akan alat muzik organ kecil yang boleh dialih-alihkan. Ridnya terkandung di dalam kotak atau badan alat muzik tersebut. Apabila belos digerakkan dengan tangan, pic tertentu akan terhasil. (ii) sur peti yang berbentuk ko

Chellean culturebudaya ChelleanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan budaya penggunaan kapak batu yang berkembang di Eropah pada Zaman Paleolitik Awal. Kapak batu ini mempunyai ciri bentuk seperti buah pear, tajam pada bahagian belakang dan dasar yang tebal. Nama budaya ini diambil sempena nama tempat kapak batu ditemui iaitu di Chelles-sur-Marne (Perancis). Alatan kapak batu ini pernah dikenali dengan nama Chelleo-Acheulian bagi menggantikan kapak batu Afrika. Walau bagaimanapun, budaya Chellean kini dikenali dengan nama Acheulean disebabkan alatan batunya menyamai budaya alatan batu Acheulen. Lihat juga budaya Acheulean.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab denga

Kembali ke atas