close piling | susunan rapat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Susunan yang kayunya diatur rapat sisi ke sisi tanpa sebarang ruang di antaranya. Susunan padu atau susunan pukal. Susunan ini biasanya digunakan pada kayu yang sedia hendak dijual. |
bond | ikatan | Kesenian | Seni Bina | Cara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan. |
hyphal analysis | analisis hifa | Biologi | Mikologi | Kaedah yang digunakan untuk mempelajari perkembangan dan struktur tisu jasad buah kulat. Menurut kaedah ini, terdapat tiga susunan tisu jasad buah, iaitu susunan monomitik, susunan dimitik dan susunan trimitik. |
moniliform | moniliform | Biologi | Mikologi | Merujuk kepada susunan, misalnya susunan spora, yang kelihatan seperti rantaian manik. |
accession order | susunan penerimaan | Perpustakaan | Tiada | Susunan buku di rak yang berdasarkan susunan menurut kelas, nombor atau kronologi. |
flemish bond | susunan flemish | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Susunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata. |
flat piling | susunan rata | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Susunan kayu gergaji yang permukaan lebarnya berada dalam keadaan mendatar. Susunan cara ini biasanya memerlukan penjarak untuk mengasingkan satu lapisan dengan lapisan yang lain. |
stack edge | susunan sisi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Susunan yang kayunya diatur menegak di atas sisi masing-masing, secara mendatar muka ke muka. Susunan cara ini mempercepatkan pengeringan kayu. |
chiasmus | kiasmus | Kesusasteraan | Tiada | Dua pasangan kata disusun sedemikian rupa sehingga susunan pertama berkaitan dengan susunan ke empat. "Pendeklah hidup ini, ya kita ini pendek adanya". |
crib stacking | susunan silang segitiga | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Susunan papan atau kayu gergaji yang permukaan masing-masing bersentuhan di bahagian hujung dan membentuk lubang segitiga di tengah-tengah susunan tersebut. |