qa‘idah zakat syar‘iyyah | kaedah zakat modal kerja terlaras | Perniagaan Islam | Tiada | Penaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan yang telah cukup haul, berdasarkan aset semasa bersih atau modal kerja. Bagi syarikat, qa‘idah zakat syar‘iyyah mengambil kira aset semasa dan ditolak liabiliti semasa. Penaksiran zakat akan diikuti pelarasan melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal berkembang. |
أسباب الشرعى | sebab syar‘iy | Agama Islam | Fiqh | Sebab-sebab yang menentukan kedudukan hukum syarak ke atas sesuatu perkara. Contohnya, wajib sembahyang disebabkan masuk waktu. |