Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta]/[ta/] | تاء

Definisi : 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta]/[ta/] | تاء

Definisi : simbol kimia bagi tantalum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta]/[ta/] | تاء

Definisi : (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
schema(ta)skema(ta)PendidikanTiadaTiada
schema(ta)skema(ta)KesenianTiadaGambaran dasar yang dilukiskan untuk memandu pelukis tentang ukuran sesuatu figur.
kafalah ta’liqahkafalah ta’liqahPerniagaan IslamTiadaLihat kafalah mu‘allaqah.
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?
ta‘widganti rugiPerniagaan IslamTiadaPampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta. Contoh pampasan kerosakan seperti ganti rugi akibat kematian binatang ternakan, kebakaran premis perniagaan dan kerosakan produk jualan. Contoh pampasan kerugian pula seperti kes pengambilan tanah untuk kepentingan awam oleh kerajaan. Tanggungan ganti rugi dibebankan terhadap semua tanpa tertakluk kepada khitab taklif, iaitu tanpa mengira individu itu mukallaf atau tidak, seperti kanak-kanak, orang gila atau mabuk demi menjaga kehormatan harta milik orang lain.
ta‘yin bi al-isyaratpenentuan berisyaratPerniagaan IslamTiadaPerihal membuat penentuan sesuatu tawaran atau penerimaan barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, dalam urus niaga lelongan, perbuatan menganggukkan kepala oleh pembeli boleh diterima sebagai isyarat tanda setuju atau penjual memberikan isyarat tangan sebagai tanda menerima tawaran daripada pembeli.
ta‘zir malitakzir hartaPerniagaan IslamTiadaHukuman berbentuk harta yang bertujuan mencegah dan menghalang sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Bentuk hukuman ini boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama, menahan harta pesalah dalam tempoh tertentu, kemudian harta tersebut dikembalikan setelah bertaubat dan tidak akan mengulangi kesalahan, seperti menyita kedai yang tidak membayar cukai. Kedua, melupus atau memusnahkan barang milik pesalah seperti mesin memproses dadah. Ketiga, mengenakan kompaun seperti denda kepada peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada produk jualan.
ta’qitbertempohPerniagaan IslamTiadaPenetapan tempoh tertentu dalam urusan jual beli bertangguh, jual salam, gadaian atau pajakan. Contohnya, tempoh penebusan barangan gadaian seperti sebulan atau setahun.
ta‘jiltunai/segeraPerniagaan IslamTiadaUrusan tidak bertangguh atau menyegerakan sesuatu perkara. Contohnya, segera membayar hutang dan zakat. Dalam bai‘ salam pula, ta‘jil dilaksanakan apabila penjual menyerahkan produk kepada pembeli lebih awal dari waktu yang dipersetujui.
ta’mininsuransPerniagaan IslamTiadaJaminan balasan berbentuk harta atau wang kepada pihak lain mengikut persetujuan sebagai menunaikan tanggungjawab oleh pihak yang berkontrak. Ta’min akan dibayar ketika berlaku bencana atau kerugian.
1234567

Kembali ke atas