Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawan­an; penaklukan perihal menaklukkan, pena­wan­­an; penakluk orang yg menakluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : 1 tunduk kpd sesuatu pemerintah, kuasa dll; mengaku taat: Telah kedengar­an kpd Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kpdnya. 2 (kawasan, negara) yg telah ditundukkan; jajahan: negara ~ kerajaan Siam. menakluk menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. tertakluk 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. taklukan orang atau se­suatu yg telah ditakluk. penaklukan hal (perbuatan dll) menakluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vassalagetaklukSejarahTiadaTiada
dependencisejajahan taklukSains PolitikTiadaTiada
conquermenakluk; taklukUndang-undangTiadaTiada
conquermenakluk; taklukSejarahTiadaPerbuatan menakluk atau merampas biasanya harta atau negara secara paksaan dan kekerasan seperti dasar peluasan kuasa oleh kuasa Nazi denga menakluk negara-negara di benua Eropah.
dependencisejajahan taklukSejarahTiadaKawasan atau wilayah yang terpisah secara geografi tetapi diletakkan di bawah penguasaan serta pengawalan daripada segi undang-undang oleh kuasa lain yang menjajah wilayah tersebut.
vassalagejajahan taklukSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
post office abroadpejabat pos taklukanPentadbiran PerniagaanTiadaPejabat pos yang dikendalikan oleh sesebuah negara di dalam negara jajahan atau takluk.

Kembali ke atas