racial bigotry | taksub bangsa | Sejarah | Tiada | Sifat yang begitu taksub dan bangga dengan keturunan bangsanya sendiri yang dianggap terulung di dunia. |
bigotry | taksub | Sejarah | Tiada | Perlakuan atau perihal seseorang yang tidak menghiraukan pandangan orang lain dan menganggap pegangannya sahaja yang benar. |
fanatic | fanatik; taksub | Sejarah | Tiada | Tiada |
egocentric thought | pemikiran egosentrik | Psikologi | Psikologi Umum | Pemikiran yang lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taksub diri. Menurut Piaget, pemikiran ini lebih menumpukan kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. |
fixation | penetapan | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk hanya bergantung pada satu kaedah penyelesaian masalah walaupun terdapat kaedah lain yang lebih baik. Keadaan ini berlaku kerana sikap yang sangat taksub terhadap sesuatu kaedah sehingga boleh mengekang dirinya untuk membuka pemikiran kepada alternatif yang lain. Satu contoh yang memperlihatkan fenomena ini adalah penetapan kefungsian. |