apiphobia | apifobia | Perubatan | Tiada | Takut terhadap lebah atau takut disengat lebah. |
accousticophobia | akustikofobia | Perubatan | Tiada | Takut yang melampau terhadap bunyi,Takut yang melampau terhadap bunyi. |
astrapophobia | astrapofobia | Perubatan | Tiada | Takut yang keterlaluan terhadap kilat atau takut disambar petir. |
primary emotion | emosi primer | Psikologi | Psikologi Umum | Emosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut. |
dental behaviour management | pengurusan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan. |
refugee | pelarian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Seseorang yang berada di luar negara asalnya kerana mempunyai perasaan takut yang berasas akan dianiayai atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial atau pandangan politik. Disebabkan perasaan takut tersebut, pelarian tidak sanggup mendapatkan perlindungan dari negara tersebut. Tafsiran ini berdasarkan konvensyen berkaitan dengan Status Pelarian 1951. |
social phobia | fobia sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan gerun individu terhadap orang ramai atau untuk melakukan sesuatu di khalayak kerana takut dimalukan. Antara contoh fobia sosial ialah gerun untuk bercakap dengan orang asing atau kumpulan besar dan merasa takut sekiranya ditolak atau diperli oleh orang lain. Fobia sosial boleh berpunca daripada cara keibubapaan yang terlampau melindungi anak-anak mereka atau sering menggunakan sindiran atau kritikan. Jenis rawatan yang biasa digunakan untuk masalah ini ialah pengambilan dadah antidepresan, dadah antiresah atau menggunakan kaedah terapi kognitif-tingkah laku. |
refugee; | pelarian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konvensyen PBB pada tahun 1951 mendefinisikan pelarian sebagai seseorang yang berada di luar negaranya, dan takut dihukum kerana berkaitan dengan kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah pertubuhan sosial atau fahaman politik. Akibat takut dihukum, individu tersebut enggan mendapatkan perlindungan daripada negaranya sendiri dan tidak mahu kembali ke negara asalnya. |
fear | takut | Pendidikan | Tiada | Tiada |
fear | takut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gentar, gerun atau ngeri menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri. |