long-term memory (LTM)) | ingatan jangka panjang (LTM) | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim. |
moral fiction | fiksyen moral | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia. |