Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talinya

Puisi
 

Lotong-lotong bunyi rebana,
     Layang-layang talinya benang;
Kami bertanya pada kakanda,
     Langit bergantung mana talinya?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghela lembu dengan talinya,
     menghela manusia dengan akalnya.

Bermaksud :

Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pianino (G)pianinoKesenianTiadaPiano yang talinya disusun secara menegak. Sinonim dengan istilah upright piano.
upright pianopiano tegakKesenianTiadaPiano yang talinya disusun secara menegak.
console pianopiano konsolKesenianTiadaPiano yang talinya dipasang menegak dan bersaiz kecil.
Flugel (G)grand pianoKesenianTiadaPiano besar yang talinya disusun secara melintang.
grand pianogrand pianoKesenianTiadaPiano besar yang talinya disusun secara melintang.
concert grandgrand piano terbesarKesenianTiadaPiano yang talinya dipasang melintang yang bersaiz besar.
ankle jacksbut jackKesenianTiadaBut lelaki paras buku lali yang talinya diikat bersilang menerusi lima pasang lubang. But ini popular di bahagian timur London pada awal tahun 1840-an.
dulcimerdulcimerMuzikTiada

 Alat muzik tradisional dan kontemporari yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Dulcimer ialah ziter. Talinya dipukul dengan pemukul khas yang berbentuk batang. Lihat juga yang qin, santur.

basoibasoiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Tali pada badan basoi merupakan tali yang dilarik pada batang kayu tersebut. Talinya dipukul dengan menggunakan batang kayu yang ringan. Basoi terdapat di Sarawak dan dikenali juga sebagai basui atau busui.

satongsatongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badannya diperbuat daripada buluh, sementara empat utas talinya dipotong daripada permukaan buluh itu sendiri. Tali yang dipotong daripada alat muzik itu sendiri dikenali sebagai idiokordik. Satong dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini menghasilkan melodi dan rentak tertentu. Alat muzik yang terdapat di Sarawak ini dimainkan dalam kalangan Orang Ulu sebagai hiburan. Satong mempunyai hubung kait dengan alat ziter berbentuk tiub yang terdapat di Asia Tenggara.

123

Kembali ke atas