Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate expirytamat tempoh perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempoh bagi sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh autoriti perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang diberikan oleh autoriti perakuan ialah satu tahun.
reminder of pawn expiryperingatan tamat tempoh gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberitahuan yang dihantar oleh pegadai kepada penggadai sebagai makluman bahawa tarikh tamat tempoh gadaian telah hampir. Peringatan ini diberitahu kepada penggadai secara berperingkat mengikut taraf dan jenis peringatan tersebut. Contohnya, Bank Rakyat mengeluarkan tiga jenis peringatan, iaitu peringatan pertama dikeluarkan pada 14 hari sebelum tamat tempoh gadaian, peringatan kedua, satu hari selepas tamat tempoh gadaian dan peringatan terakhir, 14 hari selepas tamat tempoh peringatan kedua. Sekiranya barang gadaian tidak ditebus dengan segera selepas peringatan terakhir barang gadaian akan dilelong.
checkout timemasa tamat inapPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu tamat tempoh penginapan sebelum caj tambahan dikenakan.
expiration datetarikh tamat tempohPentadbiran PerniagaanTiada2. Tarikh tamat tempoh bagi sesuatu kontrak dan selepas tarikh ini kontrak tidak lagi mempunyai nilai. Bagi kontrak opsyen misalnya tidak boleh lagi diperdagangkan dan dikuatkuasakan.
check-out hourmasa tamat inapPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu tamat tempoh penginapan sebelum caj tambahan dikenakan.
end of playmasa tamatSukanTiadaMakluman pengadil apabila tamat perlawanan pada hari-hari tertentu.
cessation of playmasa tamatSukanTiadaMakluman pengadil apabila tamat perlawanan pada hari-hari tertentu.
antecedentantesedenMuzikTiada

 Frasa pertama dalam satu ayat muzik. Anteseden biasanya tamat dengan kadens separa atau kadens lencong, Anteseden selalunya diikuti dengan konsekuen yang biasanya tamat de­ngan kadens lengkap dan berperanan sebagai soalan kepada konsekuen.

flight loglog penerbanganAeroangkasaTiadaSesuatu rekod penerbangan yang dicatatkan oleh juruterbang setelah tamat sesuatu penerbangan.,Sebuah pertubuhan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyelaras kegiatan penerbangan awam antarabangsa oleh negara-negara ahli.,Sesuatu rekod penerbangan yang dicatatkan oleh juruterbang setelah tamat sesuatu penerbangan.
interdelivery spreadspread antara serahanPentadbiran PerniagaanTiadaKedudukan pandak dan panjang dalam opsyen atau komoditi bagi sekuriti yang sama tetapi bagi bulan serahan yang berbeza, misalnya pembelian satu kontrak tamat pada Januari dan penjualan satu kontrak tamat pada April.
12345678910...

Kembali ke atas