Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bat] | تمبت

Definisi : bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pela­buhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, mena­wan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu sekaliannya ditambati pun­tung api; tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok; perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim; tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian mem­buka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan; penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~ kerbau itu? 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bat] | تمبت

Definisi : ; bertambat berikat dgn rantai, tali dll pd sesuatu (bkn binatang, perahu dll): Kerbau itu ~ pd pokok. Perahu ~ di pangkalan. menambat 1 mengikat sesuatu dgn tali pd pancang (tiang, pokok dll): Dia turun ke sungai utk ~ perahunya. 2 ki memikat hati seseorang; menawan: Akhirnya dia berjaya ~ hati gadis itu. menambatkan mengikatkan (tali dsb) utk menambat sesuatu: Dia ~ tali rakitnya pd pohon itu. tertambat 1 terikat (pd sesuatu). 2 ki terpikat; tertawan. tambatan 1 tiang dll tempat menambat perahu dsb. 2 = ~ hati (jiwa) ki orang yg dicintai; kekasih. penambat 1 alat (spt tali) utk menambat; pengikat: tali ~ kerbau. 2 ki orang yg menambat hati; pemikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,

Puisi
 

Kerbau mana tambat di tubir,
     Kerbau hitam melenggang tanduk;
Anak dara di balik tabir,
     Anak teruna dibawa masuk.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breast backstaytambat belakang anjakSukanTiadaTali tambat belakang untuk menyokong tiang mercu ketika belayar menongkat angin dan diikat ke tepi badan kapal.
breast fasttambat sisiPelayaranTiadaMengikat tali tambat kapal ke dermaga dengan kedudukan tali 90 darjah ke dermaga.
breast ropetali tambat sisiPelayaranTiadaTali tambat untuk mengikat sisi kapal ke dermaga.
bobstay purchasetakal tambat anggukPelayaranTiadaTakal yang dipasang pada hujung jonggor untuk diikat tambat angguk.
backstay stooldudukan tambat belakangPelayaranTiadaPenyokong kayu di tepi lambung kapal untuk mengikat tali tambat belakang.
marlinetambatKejuruteraanTiadaTiada
bobstaytambat anggukPelayaranTiadaTali yang diikat dari tiang linggi ke jonggor.
tethertambatVeterinarTiadaTiada
dolphintiang tambatKejuruteraanTiadaTiada
moormur;tambatKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas