Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm kebera­ni­an; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (tolok­nya, imbangannya, taranya, dll): keke­jaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengim­bangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tanding­an (lawan, imbangan); 2. meletakkan berde­kat­an (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh per­­­­­­­bezaan­nya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertan­ding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jonaikawasan tanding (Judo)PendidikanTiadaTiada
jonaikawasan tanding (Judo)SukanTiadaTiada
contestabilitydaya tandingEkonomiTiadaKebolehan firma untuk masuk keluar sesuatu industri yang bergantung kepada sekatan atau halangan kemasukan bagi industri berkenaan.
round robintanding padan gilirSukanTiadaPertandingan yang menetapkan bahawa setiap pemain perlu bermain dengan semua pemain lain yang mengambil bahagian, mengikut giliran yang ditetapkan oleh penganjur.
contestabilitydaya tandingEkonomiTiadaTiada
fusenshomenang tanpa tanding (Judo)SukanTiadaTiada
contestable marketpasaran tandingEkonomiTiadaPasaran terbuka kepada firma-firma luar untuk memasukinya kerana tidak ada halangan keluar masuk.
contestable marketpasaran tandingEkonomiTiadaTiada
fusen-gachimenang tanpa tanding (Judo)SukanTiadaTiada
contestable clausefasal boleh tandingPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans yang membolehkan polisi itu dipertikai atau dibatalkan. Ketidakjujuran atau kenyataan matan yang tidak disengajakan adalah alasan untuk menggunakan fasal ini, dalam jangka masa yang ditentukan dalam polisi.
12

Kembali ke atas