Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arm encirclementpelukSukanTiadaKeadaan petinju yang berkedudukan rapat serta tangannya melingkari pihak lawan.
ملك اليدhak memilikAgama IslamFiqhKuasa milik dan mengurus harta yang ada di tangannya.
negativismnegativismePerubatanTiadaSikap atau kelakuan yang berlawanan dengan sesuatu arahan atau norma. Misalnya, pesakit skizofrenia katatonik akan menggenggam tangannya dengan lebih kuat apabila disuruh membuka genggamannya.
deck jacketjaket geladakKesenianTiadaJaket pendek kalis air, berhud, berzip di hadapan, ada kalanya berlapis kain pail nilon, bahagian leher dan pergelangan tangannya dikait dengan kait permatang; dipakai oleh pelaut atau pelayar ketika berada di kapal.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
tafarruq sifqatpenyelesaian akadPerniagaan IslamTiadaPenyempurnaan urusan jual beli yang berakhir dengan sesuatu isyarat yang melambangkan persetujuan atau ijab dan kabul. Contohnya, kebiasaan masyarakat Arab memukul tangannya di atas tangan salah satu pihak lain sebagai tanda selesainya akad tersebut.
Keris MajapahitKeris MajapahitKerisTiadaKeris tertua yang telah digunakan sejak abad ke- 14 Masihi. Hulunya berbentuk seperti dewa yang membongkok serta menempatkan kedua-dua belah telapak tangannya ke atas kedua-dua belah lutut.
aversive conditioningpengkondisenan aversifPergigianTiadaTeknik untuk mendapatkan perhatian daripada pesakit kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan rawatan. Teknik ini digunakan kepada kanak-kanak yang tidak memberi kerjasama bagi menjalankan rawatan pergigian. Pesakit akan diletakkan di atas kerusi pergigian. Sekiranya pesakit tidak bekerjasama, doktor pergigian akan meletakkan tangannya pada mulut pesakit dan menyuruhnya diam atau tidak boleh menangis. Sekiranya pesakit bekerjasama, doktor akan melepaskan tangannya dan memuji serta menenangkan pesakit. Teknik ini agak kontroversi kerana menggunakan kekerasan untuk menjalankan rawatan. Sinonim teknik tangan atas mulut

Kembali ke atas